Second Day In Melaka

Assalamualaikum and hai.




Malam ni tak ada mood nak blogwalking tapi mood rajin nak update entry Kalau dah rajin I boleh taip sampai tiga empat entry sekaligus dan kalau tak rajin nak bukak blog pun malas hahaha. I nak sambung entry untuk hari kedua shortvacay ke Melaka. Gambar atas ni masa pagi lagi di kota AFamosa. 


Walaupun mood nak berjalan dah ada tapi sedih cuaca tak mengizinkan. Sebelum checkout awal pagi tu cuaca dah hujan renyai. Dalam perjalanan nak ke kota AFamosa nasib baik berhenti hujan kejap tapi hujan semula lepastu. Sangat tak best nak melawat tempat macam ni tapi cuaca hujan. Jalan dengan payung jela nak bergerak pun susah. Gambar atas ni pun ikutkan masih renyai tapi redah jela hahaha. Kali terakhir I pergi Kota AFamosa ni masa rombongan sekolah rendah kot hahaha lama gila padahal I memang suka pergi Melaka sebab banyak makanan best tapi baru sekarang berkesempatan nak pergi. Thankyou husband sebab bawakkan hehe.




Seterusnya pergi ke Jonker Walk pulak. Walaupun malam tadi dah pergi tapi I nak tengok jugak suasana siang cari. Meriah tak nak kalah. Memang rami orang dan pelancong jalan-jalan sekitar sini. Tempat tumpuan betul sebab banyak restoran kedai makan kat sini, tempat untuk beli cenderamata pun banyak. Tapi macam biasa kena sabar cari parking la. Parking berbayar pun ada tapi kena pandai cari. Kiteorang park jauh sangat jadi memang hari kedua ni kerja berjalan kaki jela ukur jalan.




I memang suka jalan kaki kat Melaka ni sebab boleh acah backpackers hahaha. Yang penting kena pakai kasut selesa dan I memang tak bawak handbag. Bawak backpack yang disandang oleh Aiman jadi I memang berlenggang je sambil tangkap gambar. Bila berjalan banyak la kedai boleh singgah, kedai yang tak pernah tau dan tak famous tapi cantik pun boleh jumpa. Tempat ootd pun berlambak tapi kiteorang jarang ootd........


Singgah satu kedai ni yang jual fridge magnet boleh tahan murah. Beli tiga untuk koleksi peti. I suka gila fridge magnet yang kebaya nyonya warna pink tu comel sangat geram je. Nak beli warna lain jugak tapi macam boring je style sama jadi beli la yang design lain. Lepastu singgah beli ice cream dan juice pure dragon fruit yang akan I cerita di entry hadapan. Memang I nak cerita pasal semua makanan dan minuman jela kat entry situ nanti kalau nak cari balik senang kan. 





Perjalanan diteruskan lagi dengan tanpa hala tuju. Saja jalan jalan lepastu terjumpa muzium tapi jual barang antik. Barang dia banyak jenis kayu dan nampak antik macam dalam gambar kat atas. Cantik dan menakutkan sebab biasa la barang antik nampak lama dan lusuh. Sini pun boleh jadi port ootd yang lawa jugak.



Bawah ni pun koleksi pinggan mangkuk yang ada di muzium tersebut. Kawasan muzium ni masih disekitar Jonker Walk tapi tak tau belah mana sebab kiteorang main jalan je. Jalan sambil cuci mata. Lalu jugak kawasan tepi sungai melaka yang laluan cruise semalam nak tengok keadaan pada waktu siang pulak. Siang pun cantik sebab ada lukisan mural lepastu hiasan pokok pokok dan batu semua memang cantik la. Kalau rajin jalan banyak lagi tempat cantik boleh jumpa. 


Untuk hari kedua ni kiteorang tak banyak melawat tempat sebab kesuntukan masa. Lebih kepada nak mencari makanan menarik yang orang suggest bila datang Melaka. Bila pergi tempat tumpuan terutamanya tempat jual makanan dan minuman memang lama la kena tunggu dan beratur kan jadi banyak habis masa beratur dan tunggu dan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat- Apa apa pun next entry makanan confirm best sebab I pun rasa nak pergi lagi beli makanan yang sama.




Destinasi terakhir ialah Galeri Lebah Melaka. Galeri ni memang penuh waktu pagi tapi I datang petang orang dah kurang dah. Kalau nak cari madu lebah boleh la datang sini I pun sempat beli stok madu untuk rumah. Nak tengok lebah dan sarang dia pun ada jugak ala-ala muzium kat sini semua boleh tengok. Yang penting staff dia friendly kalau ada nak tanya apa dia jawab je. Kat sini pun boleh cuba percuma je madu madu yang ada dia jual. Memang ada tempat untuk rasa madu dia lebih enam ke tujuh jenis madu berlainan I rasa kat sini semua sedap dan mempunyai fungsi yang tersendiri.


Bagi I memang suka datang sini sebab ada kaitan dengan kesihatan dan kecantikan. madu dan pelbagai fungsi untuk kesihatan dan kecantikan dan I suka ! Melaka memang best nak jalan dan banyak tempat tumpuan pelancong cuma I je tak berkesempatan nak pergi semua tempat lain kali mungkin.



6 comments

  1. Wow Wow ...bestnya diaaa..ehheehee~
    sis, kalau sempat, meh singgah GA Nona
    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha best la jejalan. okay sis nanti i join

      Delete
  2. best jugak ya melaka.. byk tmpt blum prgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun tak habis jalan lagi semua tempat hehe

      Delete
  3. bestnyer..dah lama x jenjalan melaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun dah lama sgt tak pergi melaka ni baru sekarang nak pegi

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.