First Day In Melaka

Assalamualaikum and hai.


Afamosa Waterpark


Kalau sebelum ni I update hotel mana I tinggal masa shortvacay ke Melaka dan Waterpark yang I habiskan tiga jam kat sana pun boleh baca di entry sebelum ni. Kisah pengalaman tidur hotel tu sampai sekarang tak boleh lupa. Nak rasa macam mana pun tak tau dah kena sabar jela walaupun geram. Waterpark pulak memang top dalam list tempat yang nak pergi masa kat Melaka. Sebelum banyak benda I lupa lebih baik cepat cepat update blog walaupun hakikatnya entry dah peram berkurun.


Maafkan muka gemuk saya.


Lepas dah mandi manda di Waterpark AFamosa, singgah Freeport A'Famosa Outlet. Terletak di jalan sebelum nak masuk Afamosa resort untuk ke waterpark tu. Kalau memang plan nak mandi waterpark akan lalu laa freeport ni sebab I masa dah sampai sana terus excited balik nanti nak singgah sini. Apa yang ada di Freeport Waterpark AFamosa ni barang barang berjenama dalam dan luar negara. Orang yang banyak duit seronok la shopping sini dan peminat barangan berjenama pun confirm rambang mata. 


Sales pun banyak tapi I dengan Aiman cuci mata jela tak ada plan nak beli apa pun tapi jangan risau bagi I harga lepas sales tu okay lagi tak ada la over. Kalau nak cari barang hantaran memang sesuai pergi sini. Kiteorang beli Auntie Anne je sebab dah lapar lepastu beli juice yang sedap gila ! Gambar juice ada kat bawah sekali blog I bahagian gambar dari instagram nanti cari nama JUICEE hahaha I baru perasan last gambar shortvacay pergi Melaka ni pun masih berada dalam top gambar kat instagram bila entah nak upload gambar baru ishish




Balik nak on the way checkin hotel singgah bungkus EE Ji Ban Chicken Rice Ball yang banyak review positif dan negatif. Selalu memang I akan baca review dulu sama ada kedai tu best ke tak kalau nak pergi tapi bila search pasal EE Ji Ban ni ada komen positif dan ada jugak komen negatif. Jadi lebih baik cuba sendiri. Kalau tak cuba I pun tak tau okay ke tak dan kadang-kadang review orang pun berdasarkan keadaan dia sendiri.


Review I pulak bila sampai kedai ni memang ramai orang kena beratur dulu. Tapi service cepat semua pekerja cepat sebab bos dia garang nak mamp... Bayangkan tempat sempit tapi bos bising-bising kat pekerja kalau lalu bawak baldi ke mop ke jangan kena pelanggan. Macam mana nak bagi tak kena kalau kedai sempit meja rapat kerusi rapat ! Besarkan la sikit kedai tu sebab dah famous kan. I dapat gosip dari twitter (hahaha gosip) ada orang tweet bos kedai tu tampar pekerja dia sebab besan/baldi berisi air terkena pelanggan. Pelanggan tak kecoh sangat tapi bos yang over sampai tampar pekerja. Drama sangat kesian pekerja dia. 


Masa I tapau tunggu makanan pun bos dia tu sembang cakap pekerja susah cari, lepas kerja kerja kejap cabut blablabla sekarang baru faham kenapa dia dapat pekerja macam tu. Majikan kalau pandai layan pekerja baik-baik, pekerja pun selesa dan gembira la nak datang kerja kan. Review pasal makanan dia nanti I cerita dalam entry makanan menarik yang I cuba di Melaka. Tunggu tauuuu. Rate EE Ji Ban 2 bintang.




Lepas dah tapau makanan masa untuk checkin. Kalau nak tau kedai EE Ji Ban dengan hotel I dekat je. Nak ulang makan EE JiBan tu 10 kali pun tak kisah tapi tak nak laa tak nak datang dah hahaha. Untuk review hotel boleh baca di entry sini -> Queenspark Hotel. Siapa nak potong bajet untuk hotel boleh la singgah hotel sini sebab murah bawah RM100 je lepastu selesa la jugak. Kalau cerewet sila pilih hotel mahal. Dah checkin dan makan,nap petang pulak. Penat gila dah la bertolak awal pagi lepastu mandi waterpark. Kalau aktiviti mandi manda ni confirm badan penat. Dapat pulak tilam selesa dan aircond kuat memang ZZzz laaa.






Malam pulak naik cruise dan pergi Jonker Walk ! Aktiviti wajib bagi I kalau sesiapa yang plan nak bercuti di Melaka. Harga untuk cruise isnin hingga khamis RM 10.60 kalau ada mykad. Jumaat hingga ahad RM15.9 kalau ada mykad. Untuk pelancong luar macam biasa la mahal sikit. Untuk kanak-kanak rm5.30. Tempat untuk naik cruise ni ada dua, satu di Taman Rempah dan satu lagi di Dataran Sungai Melaka. I naik yang dekat Taman Rempah tak silap. Lepas beratur beli tiket ada tempat duduk menunggu untuk naik bot pulak.


Dinasihatkan datang awal dan beli tiket awal. I memang plan awal malam nak naik cruise jadi masa datang tu sikit gila orang. Memang selesa tak payah nak beratur tapi lepas balik dari cruise mak aihhh nampak kat kaunter ramai gila beratur nak beli tiket lepastu kena tunggu lagi jadi kalau nak datang lewat kena banyakkan bersabar. Biasa la kalau hujung minggu memang ramai bercuti jalan-jalan.


Naik cruise ni selama 45 minit sepanjang sungai melaka. Lagi satu nasihat hahah jangan duduk bahagian hadapan bot. Jangan ! Duduk bahagian tengah dan dalam sikit. Nak tau kenapa. Bila bot bot bertembung nanti ada ombak dan air sungai yang busuk dan kotor tu tempias kat orang yang duduk depan sekali. Jadi jangan pilih tempat duduk depan. I dengan Aiman redha mandi air busuk hahahhaha. Tak ada la over sangat percikan air tu tapi siapa je nak kena tempias air busukkkk....


Bagi I memang seronok naik cruise ni sebab utama tak payah sesak beratur jadi mood baik hahahhahha. Sepanjang laluan sungai nanti nampak lampu-lampu rumah, hotel, kedai makan. Lampu cantik dan tangkap gambar pun cantik. Boleh tengok orang lalu lalang sepanjang sungai lepastu ada lukisan mural yang cantik cantik. Cafe hipster yang cantik jugak. Memang sepanjang sungai tu semua cantik la. Tergoda nak lepak salah satu cafe lawa sepanjang sungai tu sambil tengok pemandangan tapi mostly I nampak semua ada minum arak hehhhhhh spoil betul. Sambil naik cruise akan ada penerangan tempat-tempat yang kita lalu di sungai tu. Jadi boleh la sambil bercuti sambil dapat informasi sejarah. Penuh jugak la instasory I dengan pemandangan cruise haha.


Lepas naik cruise cari kedai makan pulak yang semua makanan nanti I rumuskan dalam entry lain tau. Next destinasi Jonker Walk ! Tak ada gambar sebab I lupa nak edit gambar heh apeni cakap nak jadi blogger berjaya tapi malas. Tengok dekat instagram jela ye. Nak cari parking kat Jonker Walk ni pun satu hal jugak kena minimum lima kali pusing baru ada hahahah sebab destinasi tumpuan kan. I berkesempatan la jugak nak cuba kelapa yang kulit dia dah dibuang tu. Memang tinggal isi dan air kelapa I pun tak tau apa nama dia. Sedap kalau dapat kelapa yang sedap dan tak sedap mungkin dapat kelapa tua jadi pilih la elok elok berdasarkan rupa.


Bab kelapa ni takpe pilih berdasarkan rupa. Pilih jodoh pilih berdasarkan hati, perangai, dan lain-lain okay. Pesanan penaja sikit haha. I sempat la pilih dua casing lawa dan fridge magnet untuk cederamata sendiri hahaha. Casing lawa lawa geram je tengok harga pun boleh tahan. I pergi lambat jugak la jonker walk ni memang semua tengah nak kemas tapi sebab jugak cuci mata tengok barang-barang.


Itu je untuk hari pertama di Melaka. Kalau korang ada idea tempat best yang wajib datang di Melaka tinggalkan kat komen box I tau sebab I nak pergi melaka lagi !




4 comments

  1. pengalaman best dekat melaka tu, tapi IQ kalau dekat melaka, balik rumah mak mertua je, tak ada pergi mana, sampai mak mertua tanya, tak nak pergi jalan2 ke? haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa ruginya IQ.airah kalau boleh nak pergi semua tempat kat melaka ni

      Delete
  2. Lain hari santai2 dekat pantai Klebang tau xD

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.