Pengalaman Satu Malam di Queenspark Hotel.......

Assalamualaikum and hai




Plan nak cuti berehat dan jalan-jalan dah lama, cuti pun dah siap ambil tapi last minit dah tak tau nak pergi mana sebenarnya hahaha. Itu pun nasib baik ada jugak idea nak pergi Melaka, kalau dah badmood tak tau nak pergi mana duduk rumah tengok tv jela. Sepatutnya pilih nak pergi pantai atau pulau. Tapi bajet tak cukup pulak nak pergi pulau. Pulau postponed jadi trip kali ini kita pergi Melaka !


Macam biasa berdua je dengan Aiman. Beberapa hari sebelum tu I dengan Aiman gigih cari kat laman web hotel yang murah dan selesa. Macam biasa dah cari kat google pun laman web agoda jadi pilihan. Macam tak boleh berpisah dah dengan Agoda ni kalau pergi bercuti sebab hotel dia kebanyakkan nya murah ! Untuk hotel kiteorang di Queenspark Hotel Melaka ni pun harga untuk dua hari satu malam RM77.88. Termasuk free sarapan tau. Hotel pun boleh tahan dekat dengan cruise kalau tak jem. Hotel ni dalam pekan area situ pun banyak kedai.


Alamat : No. 39 - 47, Jalan Taman Melaka Raya 24, Taman Melaka Raya,, Malacca, Malaysia 
(waze pun ada)






Sampai Hotel tu lewat petang sikit sebab kiteorang singgah di dua destinasi yang akan I cerita dekat next entry. Next entry I nak cerita makanan yang I makan kat Melaka and tempat best nak singgah. Jadi sampai nak checkin Aiman yang uruskan. I duduk tepi je. Kalau nak tau ada kes yang sakitkan hati kiteorang masa check in kat hotel ni. Mulut receptionist dia yang gambar atas ni boleh tahan kurang ajar jugak hahahah. I nak cerita full pun tak boleh tapi sumpah meluat gila dengan receptionist dia. Nasib baik la Aiman je yang uruskan checkin, kalau I join sekali kat kaunter tu memang ada yang kena maki siap-siap.


I cerita sikit la sebab apa, sepatutnya receptionist tak payah la kot nak ambil tahu apa tujuan kiteorang nak bercuti kat hotel tu kan sampai nak pertikaikan pelanggan. Macam tak ada motif sangat bercakap sampai nak berbalas cakap untuk benda yang tak ada kena mengena dengan hotel bahkan dengan dia. Aiman pun hampir nak tumbuk jugak la orang kaunter tu nampak dalam gambar dah cekak pinggang hahahhaha. Untuk service receptionist I bagi 0.1/5 bintang so bad rasa nak maki je. 




Dah masuk bilik pun I dengan Aiman tak habis lagi berbincang mengenai reception yang busy body itu. Nasib la bilik boleh tahan cantik dan kemas kalau tak bertambah badmood kiteorang. Bilik ada katil queen, tv, rak bawah tv tuu dan langsir dalam bilik tu kan hiasan je sebenarnya hahahhaha. Tingkap berbatu je ada. Hotel ni kat murah kedai tapi boleh tahan besar jugak sebab tu tingkap pun tak ada tsktsk.




Toilet pun okay je ada shower with heater, singki, dan bersih la jugak tak ada la teruk sangat. Cuma pemulas untuk shower tu dah longgar susah nak kawal air. Kepala paip tepi toilet bowl tu pun dah boleh tercabut tau ! hahahahha. Yang lain tak ada masalah. Sabun pun ada disediakan cuma benda lain kena bawak sendiri la. Dalam bilik tadi pun ada tuala disediakan, cawan dan kopi 3 in 1 pun ada.




Almari pun boleh tahan besar. Meja makeup dan cermin ada jugak. Bilik pun luas tak ada la sempit macam bilik kiteorang dalam entry honeymoon cameron highland tu sempit ya amat hahaha. Air cond pun sejuk ! Itu yang paling penting. Siaran tv pun okay tak ada la bosan sangat kalau nak tunggu masa nak tidur. Bagi I tv tak penting sebab I datang nak jalan-jalan. 


Untuk next day pulak breakfast termasuk sekali dalam harga bayaran hotel jadi kena bngun awal sebab nak breakfast. Itu pun terlajak jugak ikutkan nak bangun lagi awal. Lepas kiteorang dah ambil makanan terus penuh meja semua orang lain pun turun jugak. Menu sarapan tak banyak sangat, selain dari dalam gambar ada jugak nasi lemak dan roti bakar. Buah buahan dan kek pun ada. Kek dia sedap. Menu lain yang I rasa boleh tahan tak ada la sampai tak boleh telan. Pilihan minuman pun ada dalam tiga jenis. Okay la dengan harga yang dibayar kan.


Overall bagi I semua okay dan selesa kecuali kisah orang kaunter masa check in buat mendidih je -.- Kalau semua pelanggan dia layan macam tu I rasa dah boleh pecat kot. Balik tu sempat jugak kiteorang buat aduan kat kaunter tu tapi tak tau yang tu manager atau orang biasa je. Buat aduan bukan suruh pecat je apa suruh jaga sikit mulut jangan nak busybody hahahaha. Rate I 2/5 je sebab tak suka receptionist dia.





8 comments

  1. wahhh bajet tp nmpk exclusive hehehe... makanan sedap

    ReplyDelete
  2. Hotel bajet pun best asalkan bersih dan selesa :) Mula2 mungkinlah receptionist nak beramah mesra tapi kalau dah asyik bertanya, annoying jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat sikit hotel budget ni haha. receptionist tu dah tahap ajak bergaduh bukan nak beramah dah geram je

      Delete
  3. Busy body centu sapa je suka hahaha

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.