A'Famosa Water Theme Park

Assalamualaikum and hai




Kalau entry sebelum ni I kongsikan hotel mana yang I stay bila di Melaka, entry ini pulak tujuan utama kenapa Melaka. Sebab nak main waterpark ! Excited bila nak datang waterpark I memang suka berendam main air. Main gelongsor kat waterpark I tak suka..... So scary. Disebabkan waterpark terletak di Alor Gajah, manakala hotel yang dah book terletak di Melaka raya, sejam lebih jugak perjalanan memang kena plan perjalanan sebaik mungkin. Lepas subuh terus siap barang dan gerak awal pagi. Tak silap I langit tak berapa cerah lagi kiteorang dah gerak.


Sebelum tu sempat singgah Muar settlekan urusan Aiman kemudian sambung perjalanan semua. Road trip jalan jauh ni memang best bagi I sebab bukan I yang drive hahahah I tengok pemandangan je sebab tu la best. Harga untuk tiket masuk ke waterpark ni RM38++ seorang. Kalau beli di website dengan harga ni tak termasuk makan tengah hari tau. Harga RM38++ ni jugak hanya boleh dibeli di website sahaja. Kalau beli secara walk in kena beli harga termasuk makan tengah hari RM50++.


Alamat : A’FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka(Malacca), Malaysia
Tel: +(60)6-552 0888


A'Famosa bukan sahaja ada water park tapi ada jugak Safari Wonderland, Old West, Sport and Rerceation. Nak masuk yang lain-lain harga lain-lain jugak. Ada yang harga combo dan harga ala carte. Boleh la check website dia kalau nak tahu lebih lanjut. Untuk harini kiteorang cuba waterpark je. 




Dalam perjalanan hujan, dah risau macam mana nak mandi waterpark ni kalau hujan tsktsk sempat la berlari-lari anak dalam tu nak elak kena hujan. Nasib baik la hujan tak lama. Lepastu boleh main air dengan riang gembira sebab cuaca redup je baru lepas hujan. Harga untuk locker simpan barang RM6 untuk locker kecil dan RM18 untuk locker besar. Untuk dua orang boleh je sumbat barang dalam locker kecil sebab barang I dengan Aiman muat je dalam locker tu. Lagi pun tak ada la terlalu kecik lockernya.


Kalau nak lagi best boleh sewa pelampung dengan harga RM15 sewa dan RM15 deposit untuk pelambung double. Pelampung single pulak RM10 sewa dan RM10 deposit. Nanti lepas dah habis main boleh ambil semula duit deposit di kaunter. Bila dah letak barang dalam locker jangan lupa standby duit simpan kat diri sendiri nanti kalau nak beli makanan ke tak ada duit. Locker tu lepas dah lock boleh bukak sekali je. Kalau nak lock semula kena bayar harga locker semula. Jadi jaga-jaga jangan ada barang lupa nak letak dalam locker dan jangan lupa nak ambil barang penting seperti duit standby,


Kolam

Kemudahan yang disediakan pulak memang ada banyak. Kedai jual cenderamata dan pakaian mandi pun ada. Kalau lupa bawak apa-apa barang boleh je beli kat situ. Kedai makan pun ada tapi mungkin harga mahal sikit. Kat dalam tu kiteorang memang tak beli apa sebab dah plan nak terus pergi makan selepas itu. Lupa pulak nak bagitau waktu operasi 11 pagi hingga 7 petang untuk hari isnin hingga jumaat. 9 pagi hingga 7 petang untuk hujung minggu, public holiday dan cuti sekolah. hari selasa tutup kecuali cuti sekolah.


Big Ice Cream

Permainan dalam ni ada dua yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu Arabian Village dan Kids Adventure Pool. Arabian Village I tak perasan pulak tak bukak rasanya masa I pergi. Kids Adventure Pool pulak memang seronok la tengok ramai bebudak main kat situ sesuai untuk kanak-kanak. Kalau nak tengok gambar boleh je singgah website AFamosa Resort.


Tarikan untuk family pula ialah family raft dan wave pool. Family raft masih dalam maintainance lagi. Wave pool biasa je kolam yang ada ombak sesuai untuk semua peringkat umur. Sandy beach sesuai untuk buat aktiviti pasir dengan anak-anak nak bina istana pasir ke apa dan Lazy River pun best sebab I naik pelampung, Aiman tolong tolak sepanjang sungai tu hehehe.


Siapa yang suka adventure boleh la cuba Big Ice Cream macam dalam gambar I kat atas. Takut nak naik benda ni. Kena naik empat orang dalam satu pelampung yang membuatkan I bersyukur sebab I dengan Aiman berdua je ! Dah berdua tak boleh naik la hehehhehehe. Kesian Aiman nak naik but no I penakut. Wa Ha Ha pulak tarikan ombak kuat. Ramai duduk depan Wa Ha Ha tu tunggu dia keluarkan arus air yang deras nanti dia tolak la sepanjang sungai. Seronok ! Tapi kena berhati-hati sebab arus kuat tu boleh buat berlanggar dengan orang. Kiteorang duduk situ tunggu ombak sampai 4 kali laa jugak. I duduk atas pelampung, Aiman sangkut badan kat pelampung je sambil tolong kawal kot belanggar dengan orang.


Hula Hula pulak slides open tak silap I nak naik kena timbang berat dulu. Takut tercampak pulak. Nampak tak betapa menakutkan nya slides ni dan Aiman paksa I naik. Tak ada la paksa sangat kesian Aiman nak naik semua benda tapi I penakut. Penat jugak cuba beranikan diri ni dah la I kena duduk bahagian depan sebab I ringin sikit. Inner Tube pulak ada 4 jenis tube berbeza. Masa ni i dah taubat nak naik slides. No more. Aiman je naik sorang dan dia cakap best. 4 jenis tube kot memang best la.


Masa I pergi ada 3 jugak la slides yang tutup sebab dalam pembaikan. Tapi still best lagi main air. Kalau tak cuba slides mungkin bosan sikit. Sebab tak nak bosan I kena beranikan diri naik slides laa. Pakaian tak kisah bukan kena pakai yang special untuk mandi tu je. Kalau nak naik slides, camera, semua jenis gadget tak dibenarkan bawak sekali. Okay itu je kot info yang I ada kalau nak tau lebih lanjut boleh singgah website AFamosa Resort. Kalau ada nak tanya apa-apa boleh tinggalkan di komen box. Gambar banyak dalam handphone I tapi share kat sini cukup la apa yang ada ni nanti berat pulak blog hehehe padahal sebelum ni tak kisah pun gambar banyak...............


Lazy River


8 comments

  1. Nona gi Safari hari tu, 31 Ogos, best jugakk.ehhehe~
    xjadik mandi, sebab mcm malas pulokk...kt safari pon dri pagi 11 lbey sampai ptg jugakk.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke lepasni airah nak pegi safari pulak la

      Delete
  2. Wah...rindunya A Famosa Resort ni..masa dulu duk stadi kt UniKL alor gajah tu kawan2 i duk mnyewa kt apartment dlm tu..selalu la lepak2 kat dalam tu...huuu rindunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaaa dekat jeee kalau nak jejalan. airah tak puas lagi jalan sni

      Delete
  3. Siqah nak naik Big Ice Cream!! Hari tu masa pergi Sunway Lagoon, boleh pulak benda alah ni tutup tengah renovate. Huhu.

    Tak pernah pergi A'Famosa theme park. Nak kena ajak kawan or family datang sini sebab suami Siqah tak layan tempat camni. Alllergic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah noooo siqah ni mencabar nyaaa airah mau terketar nak naik tangga naik big ice cream tuuu menakutkann.kalau yang biasa2 ni boleh tahan takut lagi

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.