KitKat Mini Baru Dengan 3 Flavours Sedap !

Assalamualaikum and hai.




I telah dipengaruhi oleh iklan KitKat. Korang dah tengok tak iklan KitKat yang baru? KitKat Mini dengan tiga perasa yang sedap ! Kenapa I cakap sedap? Sebab I dah cuba ketiga-tiga perasa yang ada. hahaha nampak tak betapa terpengaruhnya I. Lagi-lagi ada perasa caramel ! Sejak akhir-akhir ni kalau ada makanan atau minuman dengan karamel je mesti excited nak cuba. Teringat caramel ice blend coffee bean sangat la sedap.


Kalau nak tahu, macam yang I tulis tadi ada tiga perasa bagi KitKat Mini yang baru ni. Caramel, Cream and Cookies dan Mocha. I dah dua kali beli KitKat Mini ni sebab serius sedap. Memang terasa flavour dia bila makan. Setiap pack ada 8 bungkus KitKat Mini. Dalam pack kecik tu pulak ada dua petak kitkat.




Yang pertama adalah caramel yang memang favourite I. Kalau jenis yang tak suka benda yang terlampau manis mungkin awak tak suka perasa ni jugak. Aiman pun cakap caramel ni lebih manis dari perasa yang lain. Tapi I tetap suka ! Cuma jangan makan selalu la nanti kencing manis haa. KitKat Mini Caramel ni mewakili 'Smooth!'. Mungkin rasa smooth je bila makan hahaha. Rasa caramel dia tersangat la tidak kedekut. Rasa feeling nau bila makan sebab dapat rasa caramel yang kuat, rasa rangup dan sangat rich.




Seterusnya flavour cookies and cream. I suka sangat Soyfresh Hershey's cookies n creme so yummy ! KitKat mini cookies and cream ni ada rasa bersusu dan cookies bits yang krunchy. Jadi bila gigit memang macam-macam rasa ada. Sangat la creamy dan cookies bits tu pun sedap ! Flavour cookies and cream ni mewakili 'cute'. Yang rasa dia cute je boleh makan hahahah Kalau simpan dalam fridge bahagian freezer tu then esok baru makan lagi sedap. Sejuk je lalu kat tekak.


Flavour Mocha pun sedap jugak, memang terasa kopi dia jadi memang sesuai untuk penggemar kopi. Untuk perisa mocha dia dilapisi antara perisa mocha dan coklat bersusu. Rasa bersusu campur mocha memang sedap. Mocha mewakili 'intense'. Yang memerlukan mental yang kuat boleh la cuba kitkat mocha ni.


Bagi I, I memang suka ketiga-tiga perisa ni. Harga untuk satu pack RM10.99 masa I beli di Giant haritu. Tak silap tu harga promo. Jangan lupa cuba KitKat baru ni sebab serius sedap. Sesuai bila rasa nak makan benda manis-manis.



5 comments

  1. wahhh belum merasa lagi kitkat baru nie. :D
    teringin nak cuba bila tengok gambar, sedapnya :)

    ReplyDelete
  2. akhir2 ni pantang nampak coklat aduhaiii..

    ReplyDelete
  3. Cookies and cream sedap!! Siqah suka!! 😍

    ReplyDelete