Fig Tree Hill Resort Penang



Entry kali ni I nak cerita tempat menginap masa Convo Day I haritu. Kali ni menginap di Fig Tree Hill Bayan Lepas Penang. Memang excited nak tidur sini sebab bila google boleh tahan cantik jugak tempat ni. Ada jugak dengar cerita yang tempat ni dekat dalam hutan dan banyak nyamuk. I tak sure sebelum nak pergi tu tempat dia macam mana. Ingat resort/hotel biasa je. Last -last......




Tengok la gambar atas ni kawasan dia macam mana ! Dalam hutan tau. Tak silap I dalam 4, 5 kilometer ke dalam hutan jugak terletak tempat ni. Jalan nak masuk dia naik bukit, berliku dan tanah biasa tu. Tak ada jalan tar or what so everr. Serius macam jalan hutan nak hiking tapi naik kereta. Hutan dia pun I rasa memang port orang hiking sebab nampak ramai jugak la lalu lalang situ dengan baju sukan macam jogging dan hiking. 


Kalau I memang agak takut jugak nak lalu jalan masuk dia. Kalau pergi sendiri pun serius I rasa memang tak akan jumpa tempat ni. Tak ada banner ke sign ke apa pun hahha. Tempat dia memang private sangat. Sehari sebelum tu person in charged tu dah whatsapp tempat pertemuan dekat Spice Arena Penang. Dia siap bagi gambar la senang nak tunggu satu tempat je nanti dia bawakkan ke hotel . Bila dah deal pukul berapa nak jumpa, lepas I habis settle semua daftar untuk konvo lebih kurang pukul 4 petang tu baru pergi tempat jumpa tu. 


Kiteorang dua buah kereta, I dengan Aiman memang kena gerak awal nak daftar konvo, mama ayah ayang amin datang lambat sikit masa nak checkin tu je.




Mama dan ayah lepak dekat kolam ikan yang besar ni lepas kiteorang balik dari late lunch pukul 6 baru nak lunch aiyooo. Lepas chekin tu sembang sikit dengan person incharged tu. Memang biasa tak ramai orang Malaysia yang check in dekat sini. Biasa orang arab, orang putih hahahha Mungkin sebab harga dia yang mahal. Serius mahal dalam 1k untuk satu malam bergantung pada jenis bilik yang kita ambil. Tapi tempat dia jangan cakap la memang private, nampak exclusive sesuai untuk orang kaya, kawasan cantik sangat.



Ni kolam ikan yang I sempat buat photoshoot pre convo hahaha. Tengok la dia punya suasana cantik betul huarghhh tak puas sebenarnya tidur sini.



Gambar rumah belakang tu la hotel/rumah kiteorang. Boleh duduk dalam 6 ke 7 orang macam tu. Design rumah tu pelik sikit sebab dekat bahagian atas ada satu bilik dengan katil queen. Lagi satu kali queen dekat luar tapi dia tak ada bilik. Bersambung dengan ruang tamu tapi agak tersorok jugak la katil dia. Lagi satu bilik dekat bawah rumah ni. Tapi nak ke bilik lagi satu tak ada tangga dekat dalam, kena keluar dulu. Jadi design dia macam rumah dua tingkat tapi untuk ke tingkat bawah kene guna tangga luar je. Agak privacy di situ hahaha.


Jadi bilik bawah I dengan Aiman. Dekat atas mama ayah ayang dan Amin.





Atas ni gambar pool dia agak besar jugak. I ada gambar ni je sebab gambar lain semua ada dalam handphone ayang yang dah rosak tsktsk nasib la ada jugak gambar. Bayangkan malam-malam kiteorang mandi kolam tapi kat situ kiteorang je yang ada ! Best gila jadi kolam tu kiteorang yang punya hahhahha tak payah nak malu-malu nak mandi. Aiman pun tak ada nak malu-malu selamba je tolak I dalam air tu -.- Kalau I ingatkan Aiman pasal ni mesti dia bersalah lagi lemaskan isteri dia dalam air hahahhahahah Kolam dia ada untuk dewasa, untuk kanak-kanak pun ada. Memang sesuai satu family lepak situ.


Agak lama jugak la berendam dalam tu macam tak nak naik tidur pun ada. I macam biasa takut sikit dah la sekeliling hutan. Nanti buatnya ada benda terbang kat atas pokok tu hahhaha. Mama sempat la tanya orang yang bagi kunci kat kiteorg tu ada hantu tak kat sini? hahahha dia cakap tak ada, tetamu sebelum ni pun tak ada komen apa pasal hantu. Lepastu dia cakap jugak tokong banyak kat sini hantu pun tak ada nak datang. Lol.


Lepas mandi, supper pasembor dengan nasi kandar Deen Maju pulak. I dah memang penat nak makan tapi sempat habiskan pasembor favourite. Nasib baik la I tak ada cirit birit pagi esoknya nak pergi konvo. Makan banyak tak ingat dunia.


Ni pintu gerbang nak turun ke kolam ikan dan turun tempat rumah kiteorg tu. Memang cantik semua deko dia.


Ni pulak laluan dari pagar utama belakang tu. Rumah kecil yang ada lampu tu pondok guard dia.

Dua-dua gambar I dekat atas ni masa lepas subuh dah siap nak pergi konvo ye. Mata pun tak larat nak bukak lagi.

Bawah ni gambar gambar untuk tingkat pertama. Yang ada satu bilik dan dua katil queen tu. Bila masuk rumah ni memang best. Hiasan dia semua cantik-cantik. Dinding lantai semua dari jenis kayu macam dalam gambar. Air panas, sejuk semua disediakan, cawan, piring, 3in1 pun ada jugak. Semua bilik ada aircond.



Paling best dalam rumah ni ada karaoke ! Sempat nyanyi separuh lagu je wehhhh duduk sini sedeh betul sebab busy ke sana sini nak mandi kolam lagi, masa tak cukup lagi. I menyesal jugak checkin sini masa tengah busy. Patut duduk sini bila free dan luangkan masa semua dalam ni je banyak benda boleh buat. 

Ni dalam bilik first.


Almari bilik pertama. Tengok tempat sangkut baju pun lawo teruk. Jatuh cinta betul tinggal kat sini.


Meja makeup bilik first.


I dengan Ayang takut betul nak tengok cermin ni sesorang. mesti ajak sesape teman hahahhah sebab macam cermin lama yang ada hantuuuu. Padahal tak ada apa pun. Ni meja makeup bersepah masa subuh tu bersiap mintak Ayang makeupkan untuk konvo. Gigih bangun mandi awal pagi siap semua.



Ni katil kedua. Dia sekali dengan ruang tamu tapi agak tersorok sikit la. Depan katil ni toilet. Lepas keluar toilet terus lompat atas katil hahaha. Lagi satu tingkat atas ada satu toilet, tingkat bawah pun ada satu toilet. Gambar toilet pun tak ada padahal toilet dia pun cantik sangat. Lantai jenis batu batu kecil tu. Kenapa la gambar hilang T.T 


Okay bergerak ke tingkat bawah pulak. Tingkat bawah macam satu bilik dan satu bilik air. Luas boleh lari-lari dalam tuu.


Work station dan tempat surat khabar ke apa tuu hahaha. Excuse baju seluar  merata tu.




owh kat bawah pun ada tv macam kat tingkat atas. Air kosong pun ada. Peti ais pun ada sama macam tingkat atas.

Ni sofa tingkat bawah. Tingkat atas lagi complete la ada tiga sofa yang jenis set tu lepas tu ada coffee table.




Atas ni gambar almari dia belah kiri tu, pintu bawah  air cond tu pintu ke toilet. Nak masuk toilet ada dua tiga anak tangga which is so cantikkkkkkkkkkkkk dan I bengang sebab tak ada gambar toilet ! Google jela ea kalau nak tengok hahahha. Bawah ni pun katil queen. I suka dekorasi dia jenis kayu-kayu macam ni, carpet pun cantik tsktsk bila dapat hias rumah sendiri niiii.

Antara facilities lain yang ada dekat sini, tempat bbq pun ada. Harga resort ni termasuk breakfast. Nanti malam tu pekerja akan tanya nak berapa pax breakfast, pagi esoknya dia hantar ke bilik. Wifi pun boleh tahan laju. Ayang puas la dia nak online kat sini, tapi line fon agak limited a.k.a tak boleh guna selain digi... Biasa la dalam hutan kan. 


Pengalaman I tidur sini, nyamuk tak ada masalah. Rasa tak ada banyak nyamuk pun. Dalam setiap bilik dia memang dah sediakan ubat nyamuk elektrik tu hahaha. Yang kiteorang tidur ni nama Jasmine. Dia ada yang lain jugak seperti Melor dan Cempaka yang semestinya design jenis lain pulak. I bagi lima bintang ! Best. Pekerja dia rajin tolong angkat beg tapi tak faham bila orang tanya hahahha....


Fig Tree Hill Resort
Address: Jalan Kenari, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Phone: 019-362 0270
Untuk Book boleh tekan website bawah ni

6 comments

  1. Bestnyaaaa...........macam tenang dna damai jer..eehehe~
    Teringin nak singgah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sis sebab kawasan dia dalam hutan so rasa tenang jee udara pun best

      Delete
  2. tahniah..selamat berkonvo sis... cantik tempatnya..patut x ramai tau sbb tersorok & tourist jer yg biasa gi situ... nampak klasikkk melayu tempatnya.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyouu. aha tempat memang tersorok sangat. design dia memang cantik dengan kayu, hiasan lagi

      Delete
  3. Cantiknya tempat ni. Siqah suka pergi tempat hutan camni, walaupun adakalanya bengang sebab takde line. Haha.

    Cantik gambar preconvo tu <3

    Congrats on your convocation, Airah!! Dan selamat tahun baru! Moga tahun ni baik2 je untuk Airah dan keluarga 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah kena pergi sini sebab best kalau nak release stress kerja.line untuk digi ade je yang telco lain memang xdpt hahhaah

      Thankyou siqah insha Allah Amin

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.