Bathbomb Review from BomBombHandmade



Harini I nak review bathbomb dari @bombombhandmade (instagram). Sebelum ni I ada beli bathbomb dari Lush dan I tulis review dia di entry Lush Haul + Review. I memang suka guna bathbomb Lush sebab wangi dan kulit pun rasa soft je. Tapi kali ni I ada follow instagram bombombhangmade ni lepastu rasa nak cuba dia punya bath bomb pulak. Yang best nya bathbomb dia semua handmade buat sendiri okay. 


Boleh tengok ig dia sebab ada jugak dia post proses pembuatan bathbomb tu. I tengok pun macam bestnya. Dekat Malaysia pun susah sikit nak dapatkan bathbomb kan. Kalau yang tak tau bathbomb tu apa, bentuk dia macam dekat gambar atas ni la. Ada yang bentuk bulat, bentuk petak, ikut la nak bentuk macam mana pun. Bath bomb ni macam campuran sesuatu bahan, dia padatkan lepastu jadi ikut bentuk. So bahan dalam bathbomb tu boleh la campur ikut apa sukati nak bau apa, warna apa, kesan apa. Dekat google pun ada cara nak buat bath bomb sendiri kalau rajin. Senang nak tau macam mana tengok la youtube ke, search kat ig ke banyak video.




I sebenarnya tak tahu nak pilih bathbomb mana satu jadi I tanya je seller dia mintak pandangan yang mana best dan best seller. Dia recommend yang dalam gambar atas yang ada love tu nama dia Sweet Love Bath Bomb. Yang sebelah kanan pulak I tanya dia best seller untuk buat bubble yang banyak banyak penuh bath tub tuu. Bubble bath pulak I bahagi dua sebab seller tu cakap guna separuh pun dah banyak buih. 




Gambar atas ni bila guna bath bomb Sweet Love tu. Warna air tukar jadi biru macam dalam gambar. Masa bath bomb nak cair tu ada jugak hint color pink tapi mostly terus tukar jadi biru. Bau dia wangi. Kulit pun rasa soft je lepas dah berendam dalam ni. Yang I suka dia tak rasa soap tu faham tak. Tak rasa licin terlampau sebab kesan sabun tuu. 




Bath Bonb kedua ialah Unicorn Horn. I suka sebab acah acah bentuk tanduk unicorn hahaha. Warna air pun sama akan bertukar jadi biruu. Aiman tak puas hati sebab dedua bathbomb yang I beli warna sama hahahhaha. I pun tak perasan lepas ni kena beli color lain-lain la pulak. I sekalikan jugak dengan bubble bath lagi separuh warna gold ni. Bath bomb ni pun sama bau wangi dan okay untuk kulit I. Tak ada kesan iritasi ke apa. Campuran bathbomb ni ada minyak aromaterapi jugak so sangat menenangkan. 


Color Unicorn Horn.




Gambar atas ni pulak buble dari bubble bath separuh tadi. Actually boleh jadi buat banyak buih ni tapi I snap gambar tak sampai masa buih banyak hahaahha. Nak buat buih pun perlukan kegigihan jugak nak mengocak air tu bagi banyak buih. Tapi memang best la sebab buih dia memang bertahan tak ada dah lama berendam terus buih dah lesap ke apa. 


Lagi satu bathbomb yang I tak masukkan dalam gambar individu, yang bentuk dia macam sabun buku tu, yang tu free sample dari seller. Warna dia pun sama biru. Bau pun sama wangi tapi I rasa ketiga tiga bath bomb yang I beli bau lebih kurang je. Bau soft wangi bunga yang lembut. Sebab I tak ambil yang jenis scent dia kuat atau bau citrus kot jadi itu yang lebih kurang je bau. 


Kalau korang cari bath bomb made in Malaysia, handmade lagi boleh la check instagram @bombombhandmade. Dia ada bukak booth jugak kadang kadang dekat Publika. Anything boleh je tengok update dekat instagram dia. 

2 comments

  1. wah..syoknya..tapi kita takde bath tub la..mandi dalam besen boleh tak..hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kena pergi hotel sis yang ada bathtub

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.