Product Review : Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner



Entry sebelum ni, MY FIRST KIEHL'S PRODUCTS I ada update produk pertama yang I beli di Kiehls. Calendula Herbal Extract Toner dan lagi satu eye cream. Harini I nak update review mengenai toner ni dulu okay. Apa kepentingan toner ni untuk kulit kita? I ada baca beberapa kontroversi la kononya hahaha, toner ni bukan penting sangat untuk kulit. Ada yang sokong toner tak membantu untuk kulit dan tak praktiskan memakai toner dalam rutin kecantikan dan ada jugak yang pentingkan step untuk toner ni. Bagi I pulak, I rasa toner ni penting ! 


Penting kenapa? Bila I google kenapa kena pakai toner, kenapa kena masukkan step toner dalam skincare rutin memang banyak kebaikan dan manfaat dia. Antaranya, toner membantu menstabilkan ph kulit kita. Tak silap I ph normal kulit 4-5 macam tu. Jadi ada sesetengah pencuci muka yang terlalu tinggi ph untuk kulit, toner bantu semula stabilkan ph kulit jadi tak ada laa kulit ada reaksi negatif. Penting jugak untuk pastikan pencuci muka kita mempunyai ph yang rendah. Yang tu I cerita entry lain okay.


Selain itu, toner membantu mencuci lebihan kotoran yang pencuci tak cuci habis. I pernah pakai toner guna cotton pad tu lepastu rupanya masih ada lagi kotoran sikit pada kulit. Tak cuci habis pun ataupun mungkin tak cuci mendalam sangat. Toner boleh bantu tarik lebihan kotoran pada kulit lepas cuci muka. Lain lain kebaikan, bagi kelembapan pada kulit, melembutkan kulit dan lain-lain la ikut toner korang pakai dia claim apa haha.





Untuk Calendula Herbal Extract Toner ni dia paling best sebab alcohol free. Kulit I memang perlukan alcohol free, kulit I sensitif sikit sebab redness. Lagipun alcohol free ni tak kasar sangat pada kulit jadi tak perlu risau apa-apa. 'Made with Whole Flowers and Pure Extracts - Khiels'. Kalau tengok dalam toner ni nampak macam kelopak bunga. Memang nampak jelas kelopak tu macam dalam gambar kan. I excited je guna bila ada kelopak macam ni haha.Bila ada kelopak bunga yang sekali keluar kat cotton pad lagi excited nak pakai.


Product - Kiehl's Calendula Herbal Extract Toner
Isipadu - 250ml
Harga - rm160
Skin type - Normal to Oily skin.


Toner is formulated with select herbal extract to gently cleanse and soothe normal to oily skin types without the use of alcohol or harsh synthetic drying agents. May be used to soothe and improve problem areas. - Kiehls


Toner ni boleh tahan dalam tiga bulan kalau pakai tiap hari dua kali macam tu. I punya dah tiga bulan tapi baru half hehe. Jimat. Lagipun I tak pakai setiap hari. Bila datang malas I tak pakai skincare langsung. I punya malas tak pakai langsung, bila rajin semua benda nak pakai. Dekat botol pula tulis boleh tahan sampai 12 bulan selepas dibuka.


Bahan dalam dia, aqua/water, propylene glycol, pentylene gycol, methylparaben, disodium edta, arctium lappa, extract/arctium lappa root extract, calendula officinalis extract dan lain lain yang I malas nak taip. Boleh check website dia untuk full ingredients. Kalau yang jenis kulit sensitif tu kena ambil berat sikit bahan dalam setiap produk yang digunakan okay.


Yang I tau dalam toner ni ada Allantoin yang boleh meredakan radang yang disebabkan oleh produk lain. Contohnya guna pencuci muka yang terlalu kasar pada kulit, ph tak sesuai, toner ni boleh tolong kurangkan kesan radang tu. Calendula pula memang sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif sebab dia sangat lembut pada kulit. Burdook Root pula membantu kulit kering.


Kesan dia pada kulit I pula sangat best. Bagi kelembapan pada kulit I, membersihkan dan rasa sejuk selesa je. Kulit pun rasa lembut. Tapi toner ni tak membantu untuk mencerahkan tau. Dia sesuai untuk kulit berminyak yang disebabkan kurang kelembapan dan bagi lembapan pada area kulit yang kering. Memang sesuai untuk kulit I yang jenis berminyak area T zone dan kering kat pipi. I rasa selesa sangat lepas pakai toner ni. Bagi I walaupun harga dia mahal tapi worth. Tahan lama dan kesan bagus untuk kulit I.




Tekstur toner ni pula cair macam air. Boleh tengok dalam gambar macam titisan hujan je hahaha. Bila letak kat tangan macam ni tak nampak pun ada warna. Bila dalam botol dia warna macam teh dan bila letak kat cotton pad pun macam warna teh coklat-coklat terang jugak. Bau dia pun sama macam teh ! Wangi. Tapi tak ada la bau kuat menusuk ke. Teh yang lembut dan menenangkan. Bau dia pun tak lama.


Sebenarnya kalau nak beli toner murah dari ni pun ada je yang berkesan dan bagus untuk kulit. I beli toner ni pun nak cuba je lagipun Aiman dah nak belanja apa lagi memang pilih yang mahal je. Kalau I beli sendiri I pilih yang paling murah ! Produk yang mahal tak menjamin pun berkesan untuk kulit. Kena try and error dan banyakkan baca review. I pun banyak benda nak belajar lagi pakai skincare ni. Paling penting kena kenal bahan dia. I pun masih merangkak lagi nak study bahan dalam produk skincare ni haha.


Pros
- wangi macam bau teh rasa nak minum je (read:teh chrysanthemum)
- melembap, melembutkan kulit
- alcohol free !
- Kulit rasa bersih
- Botol plastik senang handle dengan ganas


Cons
- Mahal
- Mahal
- Mahal


Check Kiehls website here --- https://www.kiehls.com/

Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.