Diploma Konvokesyen





Akhirnya ada jugak masa nak update gambar konvo dekat blog tersayang. Majlis Konvokesyen ke 17 Politeknik Seberang Perai. I Diploma In Islamic Banking and Finance so untuk Jabatan Perdangan merupakan sidang pertama. I berkesempatan la nak join rehearsal sebab datang Penang sehari awal. Untuk next entry insha Allah I kongsi hotel paling best yang pernah I stay dekat Penang.




Ni baju I untuk Konvo. Baju dari Bella Ammara. Survey dah lama tapi pergi butik tak ada saiz. Kena order online baru ada size. Sekarang ni baju ni tengah promo murah gila dekat Bella Ammara tapi saiz tak tau la ada ke tak. Yang I pakai saiz S. Shawl pulak dari Maryam Khadijah, I beli dekat Gondola.31 Perak. I suka sangat shawl ni. Besar, labuh, lembut, tak jarang. Ini pun shawl beli last minit sehari sebelum gerak Penang hahaha. Kalau tak jumpa shawl berkenan entah shawl apa I nak pakai -.- Heels tak ada dalam gambar sebab masa ni dekat hotel baru nak gerak awal subuh tu pakai seliper je. Makeup by Ayang. Ayang adik I yang second last. Gigih dua dua bangun pukul 5 pagi sebab nak makeup.




Excuse jari Aiman yang menghadang camera hahha. Cepat cari kepala I. Dugaan betul masuk tunggu turn naik pentas dengan tak breakfast nya fuhh lapar teruk. Tapi nasib baik I tak ada sakit perut ke apa walaupun malam semalam tu makan nasi kandar, makan pasembor, makan itu ini kemain melantak bila dah sampai Penang ni. 

Mama ayah thankyou bagi duit tiap bulan untuk survive study.





Anyah je tak dapat join konvo I sebab dia taknak ponteng kelas hahaha. So tak ada gambar dengan Anyah. Gambar ramai satu family pun tak ada tsktsk ikutkan I nak pergi tangkap gambar satu family dekat kedai luar. Kedai dalam poli ni malas nak beratur tunggu giliran. Last-last kereta ayah buat hal susah nak start. Jadi no gambar. Gambar atas ni jela yang ada tepi tempat park kereta hahha. Harap ada la rezeki I nak sambung degree so boleh tangkap gambar lain. Amin..





Gambar dengan orang yang rajin bawak I keluar makan masa study, yang rajin belikan breakfast, bawak jalan-jalan Penang, bawak pergi library sebab I semangat sikit study dikelilingi orang yang tengah study hahahha.

Mine.


I tak pernah tau pun benda ni wujud hahahaha. Ini kira penghargaan jugak bagi yang lulus cemerlang 3.5 cgpa ke atas. Alhamdulillah. Bangga sikit la pakai benda ni naik pentas sebab bukan semua orang dapat hehe. Okay gambar konvo dah habis. Gambar pre-konvo yang tak seberapa pulak.


I dekat kawasan hotel.




Chocolate bouquet by Ayang dan mama. Sebelum ni masa Aiman konvo pun I dengan mama gigih buat chocolate bouquet besar gila penuh coklat. Kali ni ayang pulak rajin tolong buatkan sampai habis. 

I, Syud, Amy, Ira, Azlina




Geng dari sem 1 sampai habis. Drama tak habis-habis. Rindu sangat bila ingat masa belajar, tak cukup tidur, buat assignment last minit, tengok cerita korea, duduk kamsis, rindu semua benda walaupun pahit pun ada. Harap nanti dah tua sikit bila tengok gambar dekat blog sendiri I akan ingat semua cerita disebalik gambar ni hahahha.

7 comments

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.