Beauty In The Drops By 9Herbs Review

Bila dah start makeup, mesti la nak makeup nampak elok, smooth, cantik, tak cakey, tak bercapuk, blablabla kan. I pun sama ! Lagi-lagi I bukan jenis teror bab makeup ni, lagi la gigih mencari  produk yang boleh buat muka I nampak cantik bila makeup. Pilihan makeup I jenis natural biasa biasa je sebab bukan nak pergi event ke, show ke apa pun. Kadang duduk dalam bilik main makeup sendiri pun dah puas hati asalkan nampak cantik.





Korang pun mesti pernah alami masalah makeup bercapuk, makeup tak tahan lama kan? I pun sama. Kalau tak pakai makeup pun I nak kulit I nampak glowing dan sihat.


I perkenalkan Beauty In The Drops by 9Herbs. Beauty in the drop ni ialah UV face primer = luminous day serum. Boleh bayangkan tak face primer dengan serum dicampur sekali. Kesan dia mesti daboom ! I bila fikir pasal serum je dalam any makeup produk mesti rasa excited sebab serum ni banyak membantu kulit kelihatan cantik. Maafkan gambar kotak yang remuk tu. Salahkan posmen sebab remukkan parcel I tsktsk.


Product : Beauty in The Drops
as Face Primer, Makeup base
Harga : MYR159 (ps : sekarang ada sales tau!)
Isipadu : 30ml
Tahan 2-3 bulan



Kelebihan Beauty in The Drops
- Menjimatkan masa
- Mencantikkan dan merawat
- Mengandungi 100% Bahan semulajadi
- Bersih rawat kulit dari dalam
- Kulit lebih cerah dan glowing tanpa makeup
- Tiada bahan kimia berbahaya
- Tiada kesan sampingan
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Kaya dengan antioksida





Beauty in The Drops ni memang banyak kelebihan dia. Formula innovatif yang berfungsi sebagai primer sebelum makeup dan membantu melindungi kulit dari radikal bebas. Fungsi dia memang multipurpose. Boleh pakai macam tu je ataupun pakai dengan makeup.


Bahan : Cyclopentasiloxane (and) Dimethicone Crosspolymer, Dimethicone, Ethylhexyl methoxycinnamate, Argania Spinsosa (Argan) Oil, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Phenoxyethanol, Tocopheryl acetate, Silver, Mentha Piperita (Peppermint) Oil, Chlorphenesin, Hexanediol, Fragrance


Produk ni mengandungi 100% bahan semulajadi so tak perlu risau kalau kulit sensitif terhadap bahan chemical. Macam kulit I pun sangat la sensitif dengan makeup. Ada beberapa bahan yang I pakai akan menyebabkan kulit I bengkak dan merah. Jadi I sangat berhati- hati bila pilih produk. Bila dah tau produk ni semula jadi memang tak risau dah nak letak kat muka. I tak buat patch test pun sebab percaya dengan produk ni. Kesan dia fuhhh nasib baik tak ada skin reaksi yang buruk. 




Tekstur dia tidak berminyak sangat, tidak berat pada kulit dan senang nak apply. Porduk ni pun cepat serap walaupun bahan utama dia ialah minyak. 


Argan oil dan jojoba oil dalam ni kaya dengan antioksida dan membantu mengawal lebihan minyak pada kulit tanpa mengeringkan. Walapun terdiri dari minyak, produk ni tak berminyak pun ! maksud I tak berminyak tu bila pakai tak ada rasa berat kesan minyak, sangat ringan pada kulit dan selesa. Dalam ni jugak ada vitamin E yang tak asing lagi kebaikan dia pada kulit. Vitamin E ni sangat melembapkan kulit, bersifat anti aging dan boleh pudarkan parut tau. Lepastu ada aromaterapi lagi. Bila I pertama kali bukak kotak dia, bau lembut keluar. Sangat menenangkan. Tu baru bukak kotak, bukak botol terus tidur lena.




Cara penggunaan pula seperti yang disyorkan, goncang sebelum guna. Picit hujung getah penitis kemudian lepaskannya. Longgarkan penitis dari bekas kaca, perlahan-lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan ke sekitar muka. Titiskan ke dagu, pipi, hidung dan dahi. Ratakan. Mulakan solekan seperti biasa. Untuk hasil yang lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan akhir.





Kalau I suka pakai as face primer sebelum pakai makeup. Kulit jadi sangat lembut dan senang nak ratakan makeup kat kulit. Kalau malas nak makeup I pakai produk ni je then boleh terus keluar. Macam mana I boleh yakin keluar dengan bare face je? Produk ni ada kesan glowing dan mencantikkan kulit I jadi tak risau sangat walaupun kulit tak glowing dan ada parut sebenarnya. Gambar atas ni pun I pakai Beauty in The Drops sebelum pakai bb cushion. Tertutup sikit muka penat setiap hari kerja balik lambat sampai pukul 9 tuu. Tapi dark circle memang sabar jela tengok. Serius I happy tengok kulit nampak behave bila guna oil drop ni.


Disebabkan produk ni mengandungi minyak argan dan minyak jojoba, dia berkesan menjadikan wajah jelita secara semulajadi, merawat bintik & tompok hitam di wajah, mengurangkan garis halus & kedutan. Menutup liang pori bekas jerawat, mencerahkan wajah, menegangkan kulit dan melembutkan. selain itu merawat tona tidak sekata, meremajakan dan menganjalkan kulit serta merawat kulit kusam. Memang banyak sangat kesan dia pada kulit.


Pembelian produk ni boleh dibuat di laman web  www.9herbs.com Kalau beli sekarang kan ada diskaun promo I check website dia tadi jadi jangan lepaskan peluang. Tapi kalau dah tak ada promo pun boleh masukkan code IMC-BitD#1 untuk dapatkan harga promosi anda. Cepat cepat tau claim promo code ni nanti dah habis haa sedih.




Kalau ada sebarang pertanyaan boleh la contact 012- 454 0187 (Kak Raaina) boleh je tanya apa-apa yang tak pasti okay. Kalau ada sebarang soalan pun boleh je tinggalkan di komen box I. Bawah ni I tunjuk sikit dua gambar feedback dari customer Beauty in The Drops okay. Selain tu ada jugak review dari MUA famous yang memang puas hati dengan produk ni sama macam I. Semua suka.






MUA Miz Nyna



MUA Syazreeyana Shukri


2 comments

  1. Cantiknyaa packaging diaaa, isi dia pun warna pink xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat warna purple.nanti I bagi U try

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.