WAWA CHICKEN



I paling suka update entry makanan dan tempat makan yang best. Kali ni makan di WAWA CHICKEN pulak. Macam biasa mula mula tak tau nak makan apa dan nak makan kat mana. Nasib baik ada dalam mall jadi boleh la jalan-jalan sambil buat keputusan walaupun perut dah ajak bergaduh dah sebab lapar. Last nampak Wawa Chicken ni. Tengok pelanggan dia makan macam sedap je hahaha so apakata kita try.


Dekat kaunter dia ada pamer sijil halal lepastu sijil ayam sembelihan pun ada. I memang suka kalau kedai makan terus pamer sijil macam ni tak ada la I sibuk nak tanya itu ini kan. Menu dia semua makanan korea. Ada tobokki, ramen, korean chicken, jajangmyeon dan banyak lagi. I memang dah terliur dengan menu dia semua nampak sedap. Tapi kali ni I tak cuba ayam dia sebab dah puas makan ayam korean dekat KFry Urban Holiday Villa. I order.....


Kimchi Ramyeon with free soft drink 
RM 11.90

Chips ni dia bagi free masa tunggu makanan siap.


Rice box set.


Dalam rice box set ni macam dalam gambar ada nasi, ayam dua piece, fries, telur dan buah with mayonaise. Set ni ada macam-macam jenis jugak boleh pilih. Harga RM 11.90 jugak tak silap I. Harga yang ni dah lupa. I dengan Aiman order dua set ni je. Ini pun dah kenyang. Ramyeon tu serius sedap. Set nasi pun sedap. Walaupun I tengok facebook dia, diaorang famous dengan korean chicken tapi menu lain masih sedap. Tak ada la chicken je yang sedap.


Portion dia pun boleh tahan mengenyangkan. I ingat tak cukup untuk kiteorang berdua. Tapi cukup okay dedua kenyang. Bingsu pun ada. Lepasni boleh la cuba ayam dia dengan bingsu pulak. Kedai dia pun kecik comel je. Yang duduk johor boleh la cuba makan kat sini sebab sedap !



No tel : 07-207 2432

Facebook : https://www.facebook.com/WawaChicken/

4 comments

  1. Wawa chicken 1st time dgr. Should try later

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kena check semula dear sebab macam I pergi dulu ada sijil halal. tahun ni tak sure ada lagi ke tak

      Delete