Petals and Bakes Cafe


Sejak akhir-akhir ni I teringin nak makan benda manis macam pavlova dan ice cream ! Berapa banyak kali dah beli ice cream dalam dua minggu ni hahaha. Kadang I penat seharian macam bestnya kalau dapat relax depan tv sambil makan ice cream. Terasa tua sangat bila dah mula nak menghargai masa yang ada lagi-lagi masa rehat. hehhhh tua. 


I tak craving cake tapi craving pavlova. Last I makan pavlova dekat Thumbs Cafe Ipoh Perak masa sambut birthday ayah. Sedap gila ! Pavlova dekat sana memang sedap cair dalam mulut, gebu dan tak manis sangat. Kalau datang Perak jangan lupa singgah makan sana okay. Disebabkan teringin I google la pavlova yang sedap dekat jb ni. Dua tiga hari meng-google tapi tak pergi jugak sebab tunggu I dengan Aiman free. Kadang I free Aiman tak free. Tak kan nak pergi makan sesorang tak best laa.




Finally I ambil keputusan nak cuba pavlova Petals and Bakes. Dekat sikit dengan rumah sebab I pergi lepas waktu kerja. Nak pergi jauh punya takut tutup pulak. Jadi lepas dinner terus siap pergi makan dessert pulak haha. I ambil satu slice pavlova, Aiman punya moist chocolate cake kot.


Okay pavlova ni tak sedap. Tak macam yang I nak. Dia punya pavlova yang base tu tak gebu langsung. Keras dan macam tak naik je.... Tak berapa cair dalam mulut. Dalam ig I nampak cantik dan nampak sedap tapi tak sedap. Mungkin tu lama punya kot sebab tu tak sedap hahahah serius tak suka dah la mahal. Kalau mahal dan berbaloi tak apa jugak. Kek Aiman lagi la tak sedap. Aiman memang suka cake dan benda manis tapi bila dia tak habiskan kek ni memang tak sedap la tu. I nak tolong habiskan pun rasa tak boleh masuk. Kek dia macam kek biasa je tak ada moist ke apa macam biasa jeeee. Topping coklat dia pun macam murah punya sebab tak rasa sangat coklat dia tapi rasa agak berminyak dan muak !


Tapi toping pavlova dia sedap. Creamy dan rasa macam ice cream. Makan topping dengan buah pun sedap hahah.



Air pulak order apa entah I tak ingat tapi ada rasa honey sikit sebab nama air ni ada la perkataan 'honey' hahah. Lepastu ada rasa oat dan susu. Air okay la boleh tahan tak ada la sedap sangat. Harga kemain mahal beria macam sedap je padahal biasa. Serius tak happy makan kek, pavlova ni sebab tak berbaloi dengan harga dia. Cake coklat Aiman tu mungkin nampak besar sesuai dengan harga tapi kalau dah tak sedap......


Cara pembayaran pun pening sebab cake kedai lain, nak bayar air kena tunggu resit kedai sebelah hahahha lama berdiri dekat kaunter nak bayar tu menunggu resit, tunggu duit balance lagi hehhh sabar jela. Mungkin nasib I nak makan pavlova tak baik kut dapat yang tak sedap. Mungkin pavlova hari lain sedap haha. I nampak ada jugak pelanggan lain makan nasi, western dan makanan lain nampak sedap jugak. Lepas ni datang cuba makanan lain jela. Atau tak payah datang dah sebab tak best. Tapi cafe ni memang comel sebab semua warna pastel dan cozy ! Ajak member lepak lepak sini pun best sebab selesa. 


I tengok instagram dia ada buat kelas baking untuk kanak-kanak. Area kedai ni dekat Nong Chik Johor Bahru jadi mana yang berminat boleh la check instagram Petals & Bakes. 


0 comments