JAYJUN COSMETIC Mask Review



Jayjun Cosmetic ni adalah jenama dari korea dan semestinya series mask diaorang made in Korea. I terrrbeli mask ni bila masuk watsons dengan sengaja sebab ingat nak cuci mata je. Pergi bahagian kbeauty then ternampak mask ni tengah promo. Apa lagi memang teringin nak cuba la sebab I selalu nampak youtuber Joan Kim pakai mask ni dan review pun boleh tahan positif. Nak tau review positif ke tak baca sampai habis okay.


Produk : Mask dari Jayjun Cosmetic
Harga : RM 11.70
Made in Korea


Masa promo I beli empat keping mask harga berapa tak ingat hahahah tapi masih murah la. Atau buy 1 free 1 goshhhh memang tak ingat ! Tapi watsons rajin buat promosi jadi kena rajin pergi watsons. I memang suka masuk watsons, guardian nak cuci mata. Sasa kurang sikit sebab pekerja dia suka ikut belakang dan I rimas. Jadi mari mulakan review kita !


Jayjun Cosmetic Real Water Brightening Black Mask. Yes mask ni berwarna hitam. Terdiri daripada real water cleasing foam untuk step pertama, vita snow essence untuk step ke dua dan real water brightening black mask untuk step ke tiga. Mask ni dah siap bagi step untuk pakai mask dengan pencuci muka, essence dan mask sesuai la kalau nak bawak travel. Dah guna terus buang. 


Untuk cleansing foam dia jenis yang berbuih dan banyak, pekat. I rasa muka I boleh guna cleansing foam ni dua kali sebab banyak. Pencuci muka jenis foam ni kan macam jimat sikit sebab buih tu boleh buat bebanyak dan cuci rata. Bau pun wangi. Step kedua, vita snow essence pula. Essence dia macam gel pekat, bukan jenis cair macam tu. Bau pun wangi jugak. Essence dia pun I rasa banyak boleh pakai dua kali. Tapi I tak pakai dua kali laa. Sapu rata sampai ke leher hahaha. I risau jugak kalau I allergic dengan essence dia but nasib baik tak. Kadang takut je nak guna produk baru ni sebab kulit kadang sensitif allergic.


Untuk mask pulak sebab nama mask ni black mask, kertas sheet mask tu pun warna hitam. Sheet mask dia punya kertas tu pun lembut sangat senang nak lekap kat muka. Bentuk mask pun ikut elok bentuk muka. Kalau kena adjust pun mungkin adjust sikit jela bagi letak elok2 kena semua bahagian kulit. Bagi I bentuk mask dia memang okay untuk bentuk muka I. Essence mask pun pekat dan tak banyak tinggal dalam paket. Semua elok melekat dekat sheet mask tu. Untuk kesan pulak kulit nampak supple, firm dan sihat. Jerawat kecik I yang baru nak naik pun nampak kecut sikit bagus gila. I pun rasa muka nampak cerah sebab mask ni pun membantu untuk mencerahkan muka.


I paling suka bila pakai mask waktu malam, nak pakai bb cushion next day kulit serius nampak cantik dan smooth. Pori pun tak nampak sangat. Dalam cleansing water ada ekstrak betik untuk membuang kulit mati dan Jeju Sea Water lave yang membantu memberi kelembapan dan tenaga. Essence dia pula ada niacinamide, adenosine dan vitamin lain untuk memperbaharui kulit dan mencerahkan kulit. Mask pula mengandungi hydrating double action dan bahan yang memberi kelembapan seperti sodium hyaluronicacid, beta glutan dan lain2. Memang bahan mask berfungsi untuk memberikan kelembapan yang mencukupi kepada kulit. Bahan dalam mask jugak membantu kurangkan kedutan dan meremajakan kulit. Kulit pun nampak lebih sihat. 


Jayjun Cosmetic Real Water Brightening Black Mask
Mencerah dan melembapkan kulit
Mengurangkan kedutan dan meremajakan kulit
bau wangi
Step simple skincare sesuai untuk travel


Jayjun Cosmetic Collagen Skin Fit Mask. Mask yang ini pun sama ada tiga step dalam satu paket. Tapi berbeza dengan mask atas, mask ni start step pertama dengan essence. Step 1, blooming essence. Step dua, hydro eye cream, dan step ketiga baby pure shining mask. Essence dia jenis gel jugak dan cepat serap. Bau tak ada dan essence dia buat kulit nampak glowing. Tapi bagi I mask ni dengan jenis black mask macam tak banyak beza sangat. Sama je kesan dia bagi kulit nampak sihat dan melembapkan kulit. Memang kesan yang macam ni pun I nak. Kulit nampak flawless haha.


Yang berbeza sebab set mask ni ada eye cream untuk step ke tiga. Tau tak eye cream dia I pakai tiga hari, memang banyak. Nasib baik tak ada allergic reaction. Risau jugak I pakai eye cream ni esok pagi mata bengkak hahahha. Trauma betul nak cuba produk. Kalau korang jenis macam I, tak tau bahan apa yang allergic dalam produk tu, patch test dulu okay. Eye cream dia memang jenis creamy. Senang je nak apply tak ada rasa tak best ke apa. Kulit bawah mata rasa lebih hydrate, tak kering. Tapi tak membantu untuk lingkaran hitam bawah mata. Mungkin buat mata nampak sihat, tak ada eyebag tu boleh membantu.


Jayjun Cosmetic Collagen Skin Fit Mask
Supple skin, healthy skin
Hydrate


Dan yang terakhir, Jayjun Cosmetic Collagen Skin Fit Mask. Jenis yang paling I suka antara ketiga tiga mask ni. Mungkin sebab ada collagen jadi kesan dia lebih daboom dari yang lain-lain. Sumpah I suka sangat yang ni rasa nak beli bebanyak buat stok. Untuk collagen skin fit mask ni ada dua step je. Step pertama hyaluronic acid essence dan kedua plant stem cell mask. Essence dia jenis watery gel. Cair sikit tapi masih gel. Tak ada bau tapi kesan dia nampak muka glowing. I suka essence dia ! Nampak glowing dia tu hahahha dan cepat serap jugak. Semua essence dia cepat serap so bagus kalau awak jenis tak suka benda melekit dan ambil masa. Nama essence pun HA kan memang sesuai untuk kulit I.


Mask dia pun fit muka elok. Tak ada annoying lebih kurang sana sini. Kertas mask dia nipis sikit senang nak pakai tapi susah jugak nak kelurkan dari paket dan nak bukak dia dari lipatan. Kesan dia yang I suka sebab mencerahkan dan buat kulit nampak glowing, sihat, flawless. Pori pun tak nampak sangat kulit rasa lembut dan halus je. Mask ni pun boleh mengurangkan kedutan. Yang penting nampak cerahhh


Jayjun Cosmetic Collagen Skin Fit Mask
Vitamin complex restored skin structure
Promoting elasticity
Natural shine
Moisture
Anti wrinkle
Whitening


Okay itu je review I untuk mask ni. kalau ada apa-apa soalan boleh tinggalkan di komen box. Selain itu I nak tanya membantu tak review mask I? ahahaha



2 comments

  1. yess ! menyampah masuk sasa pastu an diorang cm suka usha pelik bila kita tak beli something =='

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa airah pun tak suka.masuk kalau ada sales dan memang nak beli sesuatu je

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.