COSRX Acne Pimple Master Patch Review



I pertama kali dengar Cosrx  patch ni dalam video Joan Kim. Beauty youtuber favourite I yang memang semua video dia I marathon tengok haha. Banyak jugak review positif mengenai Cosrx Acne Pimple Master Patch ni antaranya mampu mengeringkan jerawat ! Yang tu paling penting. Bayangkan esok ada date, masa tu jugak la jerawat nak membesar, nak membiak, nak meletup. Stress. Bila dah stress itu yang buat jerawat bertambah ! Paling tak suka bila tangan gatal nak picit jerawat tu dengan harapan jerawat tersebut lenyap.


Memang tak la lepas dah picit jerawat, jerawat tu akan lenyap dengan cepat. Hobi memicit jerawat ni buat jerawat lebih teruk je. Bakteria jerawat tu akan membiak ke tempat lain, lepastu boleh tinggalkan parut pada kulit. Jangan picit jerawat lagi-lagi dengan tangan kotor. Nak pegang muka tangan tak basuh pun I rasa macam eiuw. Tangan ada banyak bakteria jadi jangan sentuh muka atau jerawat dengan tangan yang belum dibersihkan.


Kalau korang pakai patch ni jugak boleh elak tangan gatal nak sentuh jerawat. Patch ni lekatkan pada jerawat dan boleh lindungi jerawat dari tangan gatal nak picit tu hahaha. I beli patch ni masa warehouse sale hermo haritu. Entry pasal warehouse hermo dan barang skincare yang I nak letgo pun tak update lagi hahahaha sabar jela. I beli dua paket dengan harga lebih murah dari laman web Hermo. Dalam dia ada 24 patch dengan tiga size iaitu kecik, sederhana dan besar. Boleh la pilih kebesaran patch ikut kebesaran jerawat awak hahaha.





Patch ni mengandungi hydrocolloid yang lebih kurang dengan tekstur hydrogel sheet mask. Kepingan patch yang clear tak ada warna. Material dia pulak terdiri daripada cellulose gum, styrene isoprene styrene block copolumer, polyisobutylene, petroleum resin, polyurethane film, liquid paraffin dan tetrakis methane. Boleh google apa fungsi bahan ni sebab I malas nak googlekan. Boleh rujuk gambar atas untuk warna patch dia. 


Apa patch ni boleh buat ? Berfungsi sebagai pelindung jerawat. Bukan lindung untuk kebaikan jerawat tapi lindung untuk kebaikan kulit. Faham tak???? Menyerap pus dan minyak. Pus adalah terdiri daripada minyak, bakteria, kulit mati dan semua benda buruk yang mungkin ada pada jerawat tu la. Yang penting patch ni tak menyebabkan kulit kering tapi dia boleh keringkan jerawat dengan menyedut semua benda buruk pada jerawat.


Review patch ni pada kulit I bagi I okay je. Boleh keringkan jerawat hanya satu malam. Setakat keringkan jela bukan lenyapkan terus. Tak ada yang best sangat pun sebab ubat jerawat I macam tea tree oil dan lain-lain ubat jerawat yang I pernah pakai sama je kesan dia dengan patch ni. Cuma bila pakai patch ni pada kulit tangan tak rasa gatal sangat nak picit jerawat. Patch ni boleh lekat pada kulit walaupun korang mandi ke bergerak sana sini ke. Kalau pakai ubat jerawat biasa mungkin melekit sikit kalau dah bergerak dan berpeluh tapi patch dari cosrx tak buat rasa melekit dan boleh buat aktiviti harian macam biasa.


Bila dah pakai pada kulit tak ada la terus dia jadi transparent dengan warna kulit. Masih boleh nampak lagi patch ni tapi tak ketara sangat. Bila I pakai pun rasa macam eh dah lupa tengah pakai patch. Tak terasa apa pun pada kulit. 





Cara penggunaan yang disarankan pula cuci muka dengan bersih. Lepas mandi cuci muka tu dah boleh pakai. Jangan pakai skincare diantara jerawat dan patch. Pakai pada bahagian lain je. Pilih saiz patch ikut jerawat atau breakout atau blemish awak tu. Jangan buang patch selagi saiz pimple tak berkurang. I sarankan pakai waktu malam sebelum tidur jadi pagi tu dah boleh buang. Patch tu pun ada masa yang banyak la nak buat kerja dia. Patch ni untuk luaran je ye jangan tertelan pulak dan kalau ada iritasi better consult dokter dulu.


Bila dah bukak patch ni memang akan nampak benda putih putih yang patch ni dah serap. Jerawat pun kecut. Sesuai untuk orang yang nak cepat, malas letak benda melekit kat muka. Dan yang tidur lesak pun insha Allah pakai ni tak tertanggal hahahah. Kalau masa bukak susah sangat nak tanggal boleh cuba sapu air suam sikit dulu bagi mudah tanggalkan patch.


Bagi I boleh la patch ni best pakai dan berkesan.

2 comments

  1. salam.. mana awak beli ya ? hermo ke ? brapa satu tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. I beli dekat hermo warehouse sale rm10. kalau dekat website mungkin dlm rm19 macam tu

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.