Sushi Zanmai

Assalamualaikum and hai.



Siapa yang tak suka makan sushi? Ruginya kalau tak sukaaaaaaa. I dari kecik suka makan sushi. Ok tipu. Tak pasti bila start makan sushi ni mungkin masa sekolah menengah kot. Lepastu rajin la beli sushi yang selalu dah siap pack kat Aeon tu. Murah kan rasa pun boleh tahan. Sebab peminat tegar sushi memang I rajin la baca tempat makan best untuk sushi. Paling ramai orang cakap Sushi Zanmai sedap. I tak pasti sushi zanmai ni yang dekat jb dan KL sama ke tak.......


Alamat : 35C, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia


Sushi ni dalam Komtar JBCC senang la nak cari, level 3 kalau tak silap I. Dah sampai Komtar, round dulu kalau nak makan benda lain yang lebih sedap ke tapi dah teringin sushi memang tak ada la nak pilih makanan lain. Sushi Zanmai sini halal tapi tak ada logo halal sebab dia serve arak sekali. Kalau ragu-ragu jangan pergi okay. Pekerja dia ramai je melayu jadi kalau nak tau lebih lanjut korang tanya je diaorang tu. Kalau I memang tanya je semua benda lantak sana sebab nak makan kan haha. Tapi bukan I yang tanya, Aiman yang tolong tanya.




Honey + lemon tea kot Aiman punya air. I punya green tea biasa. Green tea lagi padahal kerja pagi tu dah habiskan sebotol green tea. Mungkin I patut share lepasni apa kebaikan green tea hahaha. Gigih disiplin kan diri sendiri minum green tea setiap hari. Senang sikit nak membuang. Kalau order green tea boleh pilih sejuk atau panas dan free refill. Jimat dah kat situ free refill kan tapi bukan semuaorang boleh telan green tea ni. Okay sambung cerita makanan. Untuk sushi pulak banyak pilihan sushi kat sini. Boleh pilih yang terus set atau ala carte.


Kiteorang pilih dedua. Untuk ala carte pilih sushi yang teringin je. Set pulak time tu ada promo apa entah sushi set yang lobster punya. Boleh tahan harga dia rasa pun sedap. Tapi set tu tak complete, avocado yang patut ada dalam tu dah habis jadi serve macam tu jela hahaha tapi still bagi I boleh tahan sedap. 


Selain sushi kiteorang order jugak chicken curry with rice. Terpengaruh sebelum ni tengok runningman makan menu ni tapi diaorang bukan guna ayam la kan hahaha. Rasa nasi dengan kari ayam dia pun sedap. Kari jenis pekat tu dengan potongan ayam. Nadi diaorang pun lain sikit jenis lembik. Portion boleh kongsi dua orang kalau order menu lain jugak hahaha. Memang banyak la nasi dia penat I dengan Aiman nak habiskan berdua tapi jangan membazir kena habiskan jugak. 








Sushi lobster.


Bagi I boleh tahan laa sushi Zanmai ni harga pun boleh tahan dan sushi dia tak ada la kecik cinonet sangat. Kenyang ! Kalau makan sushi zanmai kat komtar JBCC suasana kedai dia besar dan staff friendly kalau nak tanya apa dia jawab okay je. Lapar pulak I pagi-pagi taip entry makanan ni. Bai.


8 comments

  1. Sodap ehh..meliur den dibuek nye

    ReplyDelete
  2. Siqah pernah makan sekali je Sushi Zanmai. BOlehlah, sedap jgak cuma harga mahal sikit. Lagi prefer Sushi King nanye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha sushi king sedapppp dah lama tak makan.airah pun nak mencuba je hehe

      Delete
  3. Omak aiii, sodap betul nampak sushi ni. Anak-anak memang suka, terutamanya yang telur ikan oren tu...hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. samaa suka jugak yang telur ikan tuu hahaha ramai jugak fav sushi ni

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.