My First Treatment @ Capello By Nina

Assalamualaikum and hai.




I dah lama teringin nak pergi salon dan memanjakan rambut sendiri. Rambut I memang tak tau la nak cakap macam mana gugur dia sabar je tengok rambut atas lantai. Tiap hari kena sapu tsktsk. Memang normal rambut gugur dalam 100 helai sehari tapi I rasa rambut I gugur sejuta helai sehari rasa nya hahaha. Nasib rambut jenis tebal tak risau sangat tetiba nampak kulit kepada botak. Rambut I bukan sahaja gugur tapi dengan pakej kering sekali. Memang sedih betul tengok rambut sendiri.


Sebelum ni memang I teringin jugak nak pergi salon Capello By Nina nak buat treatment kat sana. I memang follow Nina kat instagram sebab dia cantik hahaha kalau yang cantik I follow je. Salon Nina ni memang special untuk perempuan sahaja dan muslimah friendly. Tak payah risau nak bukak tudung ke nak berjalan ke sana ke sini tanpa tudung sebab lelaki memang tak dibenarkan masuk. Suami, boyfriend, kawan lelaki kalau nak hantar sampai pintu depan tu je lepastu tunggu la situ sampai kering.


Tapi kalau nak tunggu dekat kawasan tu banyak je restoran, cafe, butik nak cuci mata semua ada. Banyak tempat boleh jalan-jalan kat situ. Dan dekat dengan Angsana Mall Johor Bahru.


I nasib baik salon 10 minit je dari rumah jadi lepas Aiman hantarkan dia boleh balik rumah dan buat kerja lain. Tak payah nak menunggu bosan kat situ. I nasihatkan kalau nak datang salon ni buat appointment awal-awal. First time call untuk appointment pada hari yang sama I memang tak dapat buat treatment sebab dah penuh. Nasib baik call dulu sebelum datang kalau tak buat penat je. Second time call, I call awal 2,3 hari untuk set appointment jadi senang laa dah tau pukul berapa semua nak pilih masa sendiri yang free pun senang.


Untuk parking kat salon pulak, salon ni dekat rumah kedai jadi memang banyak la park bawah tu. Kalau ibu-ibu yang bawak anak-anak pun tak payah risau sebab dalam tu ada taman dan banyak mainan jadi kanak-kanak boleh main kat situ tanpa risau. Dari tempat duduk I buat treatment tu pun boleh nampak tempat main kanak-kanak jadi ibu-ibu boleh la sambil buat treatment sambil pantau anak-anak. Surau pun turut disediakan jadi tak payah risau nak buat treatment masa dah masuk waktu solat. Kalau treatment tak start lagi boleh terus solat dulu.


Dalam salon tu I tak sempat tangkap gambar sebab excited nak buat treatment hehe tapi memang susunan dia cantik, cermin, perabut semua cantik. Dan banyak bahagian-bahagian khas ikut jenis perkhidmatan yang kita nak kat situ. Boleh tengok gambar I yang atas tadi kalau nak tau perkhidmatan yang disediakan dan termasuk harga sekali. Nanti senang nak datang dah siap kira bajet hahaha.


Treatment yang I pilih ialah Selective Stimulate Hair Fall Treatment RM210. Lepas dah duduk kat meja nanti dia tengok kulit kepala. Kulit kepala I jenis sensitif dan I baru tau hahha. Patut la susah betul nak jumpa syampu yang sesuai dengan kepala ni haih. Dia tunjuk jugak bahagian kulit kepala I yang banyak rambut gugur. Lepas dah tunjuk semua, dan tau sebab dia boleh la mulakan treatment. Treatment dia termasuk syampu, mask dan tonic rambut. Masa treatment tu nanti dia terangkan laa apa fungsi produk yang digunakan. 


Orang yang buatkan treatment kat I sangat friendly. Kalau nak tanya apa apa boleh je tanya nanti dia jawab la. Pekerja kat salon ni memang semua friendly la. Lepas dah habis treatment memang rambut lembut gila dan wangi. Lepas dua tiga hari boleh la nampak rambut I kurang sikit gugur tapi treatment macam ni memang kena buat selalu la nak kurangkan rambut gugur dan sihatkan semula kulit kepala. Syampu girl tu pun nasihatkan datang sebulan sekali untuk buat rawatan dan bersihkan kulit kepala supaya senang pakai apa-apa produk rambut kesan dia cepat serap.


Untuk produk dia yang I dah tau harga, syampu rambut gugur RM80 dan tonic rambut untuk membantu rambut tumbuh RM35 sebotol kecik, sekotak pulak dalam RM200++. I beli tonic dia je sebab nak cuba kat rumah. Capello By Nina ni memang sediakan banyak perhidmatan untuk perempuan lagi-lagi yang mencari tempat untuk semua perempuan je yang ada dalam tu. Tak payah nak risau apa dah. I pun tak sabar nak cuba treatment lain. Kalau yang berminat nak datang Capello By Nina ni ada 3,4 cawangan jugak boleh singgah Instagram diaorang @capellobynina 


Kad untuk member pun ada, RM25 je tak silap I. Renew setiap dua tahun dan memang ada diskaun dan benefit la untuk member. Bulan birthday je dapat 30% diskaun. Lepastu kad member boleh guna kat semua cawangan dan boleh share dengan family dan kawan. Jimat. Siapa nak pinjam kad member I boleh roger okay.


Alamat : Capello By Nina, No 2-01 Jalan Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
 ( Berdekatan Angsana Mall Johor Bahru, Jakel )
No Tel : 07-2074400


0 comments