My First Kiehl's Products

Assalamualaikum and hai.



Masa untuk restock skincare adalah masa paling fav I sebab I dapat pergi shopping mall dan cuci mata haha. I paling susah nak buat keputusan nak pilih brand apa lepas dah habis skincare yang tengah guna sekarang. I memang kalau boleh nak cuba semua produk, nak tau kesan dia pada kulit I jadi I boleh buat review untuk blog kesayangan. I harap review produk I membantu korang yang singgah blog I la. Kalau tak membantu pun tinggalkan komen kt bawah jadi I boleh bantu okay.


Ikutkan I nak cuba dulu semua produk yang ada kat drugstore then baru cuba yang kat luar drugstore aka high end aka harga-iols-tak-mampu. Tapi macam mana entah haritu I plan nak cari toner sebab toner dah habis. Saja la masuk Laneige, dan Kiehl's. Aiman pulak cakap boleh pilih nanti dia belanja hahahahhaha Dah Aiman cakap macam tu memang lama la I kat dedua outlet ni. Sepatutnya nak beli toner sahaja, habis satu kedai punya produk I belek. BB cushion Laneige yang baru serius tergoda betul nak beli dan hampir hampir nak beli nasib baik nafsu I tak bergelora lagi kahkah.


Hampir hampir jugak tak jadi beli apa-apa sebab I nak cuba drugstore dulu tapi dah Aiman nak belanja jugak-jugak tak kan nak tolak ! Last last I masuk Khiel's sebab sebelum ni I memang tak pernah cuba apa-apa produk Khiel's. Produk Laneige pulak I dah pernah cuba. Boleh baca produk Laneige kat entry SINI, SINI dan SINI. Walaupun tak banyak tapi boleh la dari tak ada kannn..




I banyak jugak baca review mengenai produk Khiel's ni tapi tak plan lagi nak cuba apa-apa produk dia. I cuma baca review je. Kebanyakan review semua positif sebab jenama Khiel's ni memang dah lama ada kat pasaran dan memang dah stable. Jadi tak perlu nak risau sangat kalau produk dia ada kesan buruk ke apa. Cuma mungkin kesan dia sesuatu produk tu tak sesuai dengan kulit muka sendiri je. Tapi kalau tak cuba mana nak tau.


Bila dah masuk situ I belek je produk dia sambil tunggu pekerja yang free untuk I tanya produk. Ada lelaki sorang tu siap beli satu set produk Khiel's ni I macam jealousnyaaaaa nak beli satu set jugak tapi bila pekerja dia tolong kirakan untuk I berapa satu set dalam RM1000++. Seribu lebih ye itu pun set basic skincare jee matilanak kalau beli satu set, lepastu makan skincare je tak payah makan nasi dah.


Nanti pekerja kat situ akan guna kertas apa entah satu letak kat dahi dan satu lagi kat pipi untuk test kulit korang jenis apa. Kulit I bahagian pipi normal dan bahagian t-zone oily sikit. Itu pun I pergi lepas balik kerja dalam pukul 8 malam macam tu. Bayangkan dari pagi pergi kerja I pakai bb cushion je sampai ke petang tak ada touch up apa usik apa memang oily la nasib tak teruk sangat. Kalau teruk segan je dengan orang tu tak reti jaga kulit ke apa. hahaha 


Lepas dah tau jenis kulit dan apa masalahnya boleh la dia recommend produk yang sesuai untuk jenis kulit. Dia akan suggest produk dari cleanser, toner, eye cream, serum, moisturizer semua complete. Lepastu test satu-satu kat kulit lengan bahagian bawah yang putih tu. Dia cakap bahagian tu yang dekat sikit aka serupa sikit dengan kulit muka. Jadi nanti kalau nak test apa-apa produk boleh la patch test dulu kat lengan. I memang kalau boleh nak test dulu sebelum beli sebab ada skincare yang boleh bengkakkan muka I. Scary tau pakai skincare bangun pagi esok muka bengkak hahaha. Jadi penting test dulu sebelum beli.


Dah test kalau I rasa macam gatal atau merah I tak kan beli. Ada foundation yang I cuba kat watsons lepas dah calit kat tangan then sapu la. Tunggu kejap pergi tengok barang lain dulu sebab nak tunggu kesan dia pada kulit I last-last memang gatal pada kulit. Nasib tak beli. Itu makeup. Untuk produk Khiel's pulak lepas dah test then sembang pasal produk tanya itu ini tak ada pulak I rasa tangan I gatal ke apa which is goooood. Lepas sapu produk pun tangan lembut gila hahaha. 


I pilih untuk cuba toner sebab toner memang dah habis. Toner RM160 . Eye cream pulak I memang dah lama jugak stop eye cream. Eye cream dia RM135. Sebab dah beli mahal dapat la buat membership free. Kalau nak membership free RM300 ke atas tak silap kena beli produk. I dah lupa. Membership boleh kumpul points untuk tebus produk. Dia bagi jugak free sample untuk I dengan Aiman complete step skincare. I dah test kat Aiman memang dia suka, I je tak test lagi sample tu.



13 comments

  1. Jelessnya u da try ni. I will buy soon!

    ReplyDelete
  2. jadi mcm mna? do you prefer kiehl's rather than laneige?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kiehls I just cuba eye cream and toner full size only so tak dapat nak bandingkan which one suit my skin. I still love laneigeeeee <3

      Delete
    2. Hai. I used Kiehls for almost 3 month and i only used cleanser, toner, serum, mask and moisturizer complete set. Best gila and kulit nmpk sihat sangat

      Delete
    3. toner kiehl’s u pakai yg which one?

      Delete
  3. Nak emel boleh?

    ReplyDelete
  4. Hai sure my email ada di sidebar

    ReplyDelete
  5. I baru nak try Kiehl's haha..best bila dapat free sample banyakkan.sample habis
    Tak u try semua ? 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kiehls selalu bagi banyak sample. ada yang habis ada yang I bagi adik2 je guna

      Delete
  6. dimana boleh dapatkn produk ni ye..

    ReplyDelete
  7. Hello, how about the acne line? Any good review? .. Desperate sgt nk try��

    ReplyDelete
  8. Pls help mee...produk kihls untuk jerawat...

    ReplyDelete