Kopi Keju Cafe

Assalamualaikum and hai




Dah lama sebenarnya teringin nak makan goreng pisang cheese. Dah lama sangat tak makan lagi-lagi memang peminat cheese lepastu combine goreng pisang panas dengan cheese teringat betul hahaha. Tapi kalau teringin pun belum tentu boleh terus dapat. Lagi lagi duduk jb ni I tak tau lagi kat mana yang boleh cari goreng pisang cheese yang sedap. Asyik tengok orang lain je post gambar goreng pisang cheese ni tsktsk.


Eh kejap goreng pisang ke pisang goreng?!!! Pisang goreng kan hahahah. Last makan pisang goreng cheese ni kat Perak. Kawasan perumahan I memang ada jual dan sedap tak kedekut cheese. Kedai tu pun kadang bukak kadang tak bukak ikut mood dia jee -.-


Lepas dah google sepuluh kali kedai/warung/tempat yang jual pisang goreng cheese dan bukak lepas waktu kerja, terus ajak Aiman pegi. Kebanyakkannya bukak sampai pukul 6 jee. I dah la balik kerja lambat nak hadap jem lagi memang makan angin jela. Petang lepas balik kerja terus waze KOPI KEJU ni. Terletak di rumah kedai yang ada di kawasan perumahan. Kawasan perumahan tu memang meriah gila banyak sangat kedai makan best-best. Kebanyakkan nya semua kedai makan je memang kenyang orang yang duduk kawasan tu hahaha.




Alamat : No 34 Jalan Nibong 17, Taman Daya 81100 Johor bahru.


Ramai jugak yang I baca recommend kedai ni kalau nak makan pisang goreng cheese. Menu dia pun banyak pilihan pisang goreng cheese dengan macam-macam topping. Tema kedai pulak ala-ala hipster dengan perabot kayu macam dalam gambar. Cantik. Kedai tak luas sangat meja pun dalam 2 ke 3 je haha kecik je. Selain pisang goreng ada jugak pelbagai jenis kopi, air cup besar tu.


Mocha.

Pisang goreng cheese dengan caramel.


Atas ni je yang I baru cuba. Pisang goreng dia boleh tahan banyak dan harga berbaloi. I tak ingat berapa harga tapi sedapppppp so tak rugi pun nak cuba. Masa I datang pun sambil makan tu ramai jugak pelanggan yang singgah beli pisang goreng diaorang. Pisang goreng rangup dan topping tak kedekut. Kalau nak cari pisang goreng cheese area johor bahru boleh la singgah kopi keju ni. Alamat ada kat atas. 


5 comments

  1. Replies
    1. memang makan sebab tergoda dengan gambar org lain haha

      Delete
  2. Dah lama tak makan pisang cheese ni. Dulu makan waktu dia mula2 viral ja haha.
    Nanti kalau teringin nak try la pulak terliur tengok gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try lagi tu memang sedap kalau jumpa yang sedap la. ada jugak yang tak sedap

      Delete
  3. Pisang kejuk..first time dengar.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.