Kisah Kendurian Yang Menyedihkan

Assalamualaikum and hai.



Sebelum ni heboh di media social mengenai event durian yang manghampakan peminat durian. Event tu I tak sure penganjur yang sama dengan event durian di JB atau tak. Tapi I memang dah plan dengan Aiman nak pergi event durian yang diadakan di Angsana Mall JB. Memang excited la nak makan durian kat situ sebab dengar cerita murah la konon nya dan durian banyak. Tengok poster, banner, banting promote event tu pun kemain lagi. Bila dah sampai tarikh dia tuptup menghampakan.


Aiman la baca kat facebook yang event tu tak best, durian sikit, booth durian pun dua, tiga khemah je dan mahal nak mampus harga duriannya. Kiteorang memang tak pergi la dah baca bad reviews macam tu. Kawan Aiman pun banyak bagitau tak best semua dan jangan pergi. Jadi memang tak pergi. Tengok dari jauh sambil krikkrik je hihi.


Tapi sebab dah mengidam durian, mesti la cari jugak port durian lain tak lain tak bukan di Pandan. Boleh baca entry di SINI kali pertama I makan durian kat Pandan ni. Bila makan berdua je dengan I confirm la puas sebab I tak makan durian banyak. I makan satu ulas/ketul tu pun dah cukup. Jadi pilih la durian musang king sebab tak pernah lagi makan durian mahal ni. RM75++ sebijik. Aiman makan paling banyak lepastu balik rumah dah rasa semacam hahahaa.


Durian musang king dia sedap dan memang isi banyak. Isi dia pun tebal gila. Macam biasa la bukan perfect sangat pun ada jugak dua tiga ulas yang isi dia macam kering sikit. Tapi sedap.


Kalau makan kat sini memang banyak pilihan gerai durian, dalam 4,5 khemah jual durian jadi senang la nak pilih mana lagi murah, mana nampak sedap, mana lagi bersih ikut la nak pilih makan. Pilihan durian pun banyak tapi buah buahan lain pun ada jugak. Masa kiteorang pergi ni pun banyak gila buah mata kucing geram je tengok tapi Aiman lupa nak belikan tsktsk Postponed dulu buah mata kucing. Tempat nak makan durian pun selesa ada meja, kerusi, air dan tempat cuci tangan. Yang tak selesanya sebab sebelah tu laluan kereta motor lalu nanti orang tengok-tengok lols.


Yang mana patah hati nak pergi event durian tapi durian pun tak ada boleh la singgah Pandan Uptown/Pasar Pandan ni. Banyak durian. Area johor ni pun banyak jugak Aiman cerita port durian tapi tak berkesempatan lagi nak pergi sebab jauh. Ulang sini jela kalau mengidam durian.
















1 comment