Movie Review : Transformers The Last Knight

Assalamualaikum and hai.


Image result for transformers the last knight


Selasa lepas I berkesempatan nak tengok Transformers yang terbaru. Plan nak tengok dengan adik adik I tapi rupanya diaorang dah tengok dulu sebelum I balik. Ceh... Beria tunggu balik Perak dulu nak tengok dengan diaorang. Last bahagi dua, ayang anyah mama tengok cerita minion sebab diaorang tak tengok minion lagi. I, Aiman dan Amin tengok transformers. Boleh baca review Minions 3 kat SINI.


Transfomers kali ni ada kaitan jugak dengan siri transformers yang sebelum ni. Tapi bagi pendapat Aiman, dia rasa kalau tak tengok siri sebelum ni pun masih boleh faham jalan cerita dia haha. I rasa pun okay je boleh faham. Itu pun mungkin sebab I tanya Aiman yang mana I tak faham. Walaupun pun banyak bad review orang lain cakap susah nak faham laa, bosan la, jalan cerita slow laa tapi I bagi 4 bintang.


Mungkin sebab permulaan cerita mengenai transformers je. Transformers bergaduh dan tak dibenarkan berada di bumi. Masa tu Optimus Prime tengah mencari pencipta dia, lepastu dia kena macam virus jadi jahat. Si Quintessa yang cakap dia pencipta transformers yang bagi virus kepada Optimus prime untuk cari tongkat  yang mampu menghidupkan semula Cybertron.





Masa Optimus Prime datang ke bumi nak cari tongkat tersebut, dia bergaduh dengan Bumblebee. Optimus Prime dah dikuasai kuasa jahat. Sebelum ni Bumblebee hilang suara. Tapi bila bergaduh dengan optimus Prime dia tetiba boleh keluarkan suara dia semula itu yang buatkan optimus prime sedar apa yang dia dah buat. Harap faham la ye apa I cerita kalau tak faham kena tengok sendiri la ! Yang penting I enjoy !


Tongkat tu pulak kalau dah Quintessa jahat dapat untuk hidupkan semula cybertron, bumi akan musnah. Yang selamatkan dan membantu Optimus Prime untuk dapatkan semula tongkat tu ialah Viviane dan Cage Yager. Diaorang ni ada salahsilah keluarga dengan penjaga Transformers sebelum ni. Viviane pun adalah keturunan Merlin yang ada siri drama dalam tv tu. I tengok pun macam wawww wawwww. Kalau nak tau apa kaitan Transformers dengan Merlin kena tengok sendiri.


Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Transformers boleh tengok sini https://en.wikipedia.org/wiki/Transformers:_The_Last_Knight , http://newcdn.tgv.com.my/movies/transformers-the-last-knight-HO00006575
Tengok trailer bawah ni okay



3 comments

  1. masih lagi tak sempat nak tengok wayang TF5 ni. tunggu download mungkin hehe

    helloaiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. download lagi senang relax tengok kat rumah

      Delete
  2. xsempat tgk pun huhu layan wonder women je.. btw selamat hari raya 😁

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.