Movie Animation Park Studios Vol 2

Assalamualaikum and hai.





I nak sambung entry Movie Animation Park Studios haritu punya. Entry ni tak ada nak cerita apa pun haha nak kongsi gambar yang I dah edit tapi tak muat nak sumbat entry sebelum ni. I nak share jugak barang-barang yang patut dibawa, tips yang simple je. Kalau yang tak pernah baca lagi entry MAPS I boleh baca di SINI okay.


Disebabkan banyak lagi permainan dan tarikan di MAPS yang belum dibuka pada orang ramai, I bagi 3 bintang je okay. Casper punya tarikan pun tak bukak lagi. I suka sangat tengok kartun Casper tu dah lama tak tengok. Dah la comel. Dalam gambar kat atas di Fantasy Forest Zone. Kalau nak tangkap gambar ootd kat sini memang lawa sebab bangunan dia lawa-lawa dan colorful.



Photo card ni pulak photographer akan bagi bila dah settle tangkap gambar di pintu masuk MAPS. Nanti boleh pergi kat MAPS Snaps untuk tengok gambar korang dan pilih la nak beli ke tak. Harga untuk gambar biasa je dengan frame kertas tu RM40. Kalau sekali frame cantik sikit RM60. Ada jugak boleh buat gambar korang dalam magnet tak silap I. Tanya je orang kat kaunter tu. 


Bila guna kad macam ni senang sikit tak lama nak tunggu cari gambar korang. Orang yang datang dah la boleh tahan ramai. Pukul 12 tangkap gambar, pukul 4 petang baru nak claim. Gambar ni jugak boleh claim secara online. Tapi I tak sempat pulak nak tanya lebih-lebih claim secara online tu. Masa I nak ambil gambar tempat tu clear tak ramai orang so tak payah tunggu lama. Kalau ramai baru claim online.


Starship restaurant. 

Kapal tu sebenarnya tempat makan. I ingat apa la yang best sangat kemain besar lagi. Tapi alahai restoran je. k. Mata tak mampu nak bukak sebab panas litlit.

Tips kalau nak datang sini
- Sediakan cap dari rumah lagi-lagi untuk kanak-kanak. Bukan semua kawasan berbumbung. Kalau nak duduk dalam ni dari pagi sampai malam memang kena bawak cap sebab panas nanti demam pulak kan. Payung pun boleh jugak.
- Mini Fan. Kipas mini pun berguna jugak kalau duduk outdoor je. Kalau main permainan atau masuk tarikan indoor sejuk sikit la ada aircond. Tapi bebudak kan cepat rimas lagi yang baby kalau panas naik ruam nanti haa.
- Sunblock ! Kalau yang jaga kulit tu kena pakai sunblock ke sunscreen ke. Yang tak jaga kulit pun kena pakai jugak nanti dah meningkat usia habis kulit cepat kedut, naik jeragat haaa baru nak kelam kabut. 
- Kasut yang selesa. I pakai seliper je sebab I bawak heels dan seliper je balik Perak hahahahaha. So seliper jela yang ada pakai heels kang patah kaki jalan dalam tu tsktsk. Naik hyperspin pun kena tinggalkan kasut kat bawah kalau tak melayang dekat kepala siapa la seliper iols.
- Baju, seluar, shawl yang selesa. Memang kalau boleh pakaian semua kena selesa la. Kawasan luas nak berjalan, dengan cuaca tak menentu, pakai la pakaian serap peluh dan udara bebas keluar masuk.


Yang penting kena fikir untuk kesesuaian diri sendiri jugak. Nanti bad mood nak main permainan kalau tak selesa. Bag pun I bawak bag sandang belakang je itupun Aiman yang pakai. Bebas nak bergerak !


Aiman di tempat fav dia. Tak habis-habis kereta.


Gambar ni kat luar kawasan live action zone yang ada kereta drift tu.






Kedai/tarikan yang ada.



Kedai cenderamata memang berlambak kat setiap sudut hahaha. Setiap kedai ada barang yang berbeza. Rambang mata tengok kalau duit banyak memang I nak je beli semua. Cap ada tshirt, magnet, alat tulis dan macam-macam lagi. Kalau tak nak bawak cap atau payung boleh je beli kat sini.



Coral Kingdom. Tempat fav kanak-kanak sebab banyak sangat permainan. Dalam ketam boleh masuk, ada kapal besar, ada gelongsor memang seronok la main dalam ni. Ada aircond dan tempat duduk ibubapa menunggu pun luas. Puas bebudak nak berlari dalam ni.


Dalam MAPS ni ada disediakan stroller kalau ada ibubapa yang tak bawak stroller. Ada kawasan yang tak boleh bawak stroller sekali tapi boleh parking stroller kat tepi-tepi kawasan tu. Untuk wheelchair pun ada kawasan yang senang nak bawak wheelchair. Tapi I rasa semua kawasan sesuai nak bawak wheelchair, ada kemudahan. Toilet dia pun besar dan selesa.



Gambar kakak ipar I dan family dengan Gopal dan Fang. Anaqi tak nak join sebab takut kot dengan maskot ni hahaha. 

Port tangkap gambar dengan memang banyak.


Fav I 4D Boboiboy. 


Kalau nak baca lebih detail mengenai MAPS ni boleh singgah entry I yang sebelum ni atau klik SINI. I dah cerita banyak dalam tu. Kalau ada apa soalan pun boleh tinggal di komen box nanti I balas. Tak sabar nak tunggu lebih banyak permainan bukak kat MAPS. Kalau tengok mostly semua permainan dia best dan menakutkan. I memang tak naik la nak tangkap gambar je haha. Dah plan nak pergi Perak jangan lupa masukkan MAPS ni dalam plan korang okay.


 Boleh luangkan masa dengan keluarga kat sini sebab sesuai untuk semua peringkat umur. Permainan dan tarikan pun ada untuk semua peringkat umur. Insha Allah tak bosan ! Tempat menarik yang boleh anda lawati bila berkunjung ke Perak. Ehem kalau kampung halaman kat Perak lagi la balik kampung boleh singgah.

6 comments

  1. Kawan ada pegi pastu confuse ape benda tu, ini rupanya. cantiknya diorang buat, bahagia rasa betul dok dalam cerita tu. saya suka casper jugak. geramkan dah penat datang tak bukak pulak certain stuff. haihhh. pahamm.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha baru lagi bukak maps ni sebab tu banyak yang masih dalam proses.lagipun baru soft launching

      Delete
  2. tahun dpan raya perak, nak raya sini jugak. hehe

    ReplyDelete
  3. Waaa,thanks! Detail sangat. Nanti nak pergi bawak anak2 :D

    Jom baca bahaya impetigo untuk anak2: http://nurulatiqah.com/impetigo/

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure. bawak budak2 confirm diaorang excited

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.