Lunch Break at Eugene's Grocery

Assalamualaikum and hai




Setiap bulan Eugene's Grocery akan ada promotion untuk makan tengah hari dengan hanya RM20.00 setiap set. Satu set termasuk dengan sup percuma dan air minuman. Menu pulak terdiri daripada empat jenis. Jadi yang duduk area JB tu nak cari tempat lunch waktu kerja atau mungkin waktu meeting boleh la singgah di Eugene's Grocery di No16 Jalan Perang, Taman Pelangi Johor Bahru. Promosi pada hari isnin hingga jumaat dari 12 tengah hari sehingga 3 petang.


Walaupun Eugene's Grocery ada perkataan Grocery yang mungkin orang confius cafe ke jual barang dapur kan haha Tapi Eugene's Grocery ada kedua duanya ! Restoran dan barang dapur. Kalau nak beli daging ke, spaghetti, bahan makanan western, herbs boleh je singgah dan beli kat sini. Pilihan kek pun ada. Eugene's Grocery no pork and lard tapi daging yang dijual semua ada sijil halal. Apa apa yang tak pasti boleh je tanya kat pekerja situ.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh tel 07 3311 353 dan facebook : Eugene's Grocery.




Soup of the day hari tu ialah brocolli soup ! Serius sedap sup ni wehhh. I memang suka gila brocolli tapi tak pernah pulak cuba nak jadikan sup. Selalu rebus macam tu je. Lepas ni boleh la cuba buat kat rumah. Rasa dia creamy yang tak muak. Bagi I serius tak muak dan I boleh habiskan dengan senang hati. Portion soup pun agak banyak. Confirm kenyang punya. Kalau tak sesuai dengan selera boleh request nak tambah blackpaper. Mungkin untuk bukan penggemar sayur tak boleh 'go' sangat dengan menu ni. Yang penting soup of the day adalah percuma !


Air pulak dapat segelas oren. Percuma jugak. Plain water pun boleh request kalau nak.




Pilihan I ialah Tortilla Roll With Spicy Chicken. Makan ni je pun dah cukup kenyang sebab ada tortilla dan ayam yang bagi protien. Dengan fries yang boleh tahan banyak dan fries dia sedap, rangup ! Roti yang ada sekali tu pun rangup, tak ada bahagian yang pahit over garing pun. Just nice. Salad dressing dia pun sedap. Memang menu ni I bagi empat bintang. Kenapa empat? Sos ayam dalam tortilla tu tak pedas pun.... I nak pedas. Jadi menu ni ada tortilla yang berisi ayam dan salad, fries, roti dan salad.




Baked Fagiolini With Beef Bacon In Cream Sauce. So yummmyyyy.. I memang penggemar benda benda cheesy with pasta macam ni. Sangat creamy. Siapa yang suka cheese, creamy, pasta boleh cuba menu ni. Rasa herbs memang cukup dan tak pedas. Tapi kena makan cepat cepat sementara masih panas kalau dah sejuk muak pulak. Dalam ni ada pasta dengan creamy sos dan ayam kot I tak ingat hahahhaha.



Menu ketiga ialah Slow Baked Stuffed Chicken Breast With Pepper And Cheese. Menu sihat sebab guna chicken breast lepastu tak ada sos yang menambah lemak. Sayur pun ada. Asparagus pun tersorok celah tu. Bagi I ayam ni serius sedap, paling sedap antara ke tiga tiga menu. Memang mengenyangkan. Yang suka makanan lebih sihat boleh la pilih menu ni. Ada ayam bahagian dada, brocolli, carrot, jagung, asparagus, roti dan lain lain. Tengok la penuh satu pinggan.



Menu ke empat pula ialah Croissant With Chicken Meatball And Lamb Bolognese. I tak rasa menu ni sebab tak order. Dari gambar menu dihidangkan roti croissant dengan meatball dan sayuran. Nampak menu yang menyihatkan dan mengenyangkan.


Menu lain pun ada juga di Eugene's Grocery ni cuma untuk promosi ada empat menu ini sahaja dan kekadang tukar tukar. Jadi kalau nak tau menu yang akan dihidangkan boleh la singgah terus ke Eugene's Grocery I dah bagi alamat, no tel kat atas tadi ataupun terus ke facebook Eugene's Grocery tengok apa diaorang update kat sana. Eugene's Grocery terkenal dengan hidangan daging dan makanan laut. Orang johor jangan lupa singgah okay.




4 comments

  1. Sangat bagus penulisannya.. mudah diingat dan dibaca ... http://aromaessen.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sedap. boleh la cuba makan sini nanti sis

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.