Dr Morita HA Essence Watery Cream

Assalamualaikum and hai




Product : Dr Morita Hyaluronic Acid Essence Watery Cream
As Moisturizer
content : 100 ml
Skin type : For all skin type
Harga : RM39.90
Shelf Life : 3 years
Made in Taiwan


Akhirnya habis jugak moisturizer ni jadi boleh la buat review hahaha. I kenal moisturizer ni dari twitter. Memang kalau ikuti twt kecantikan boleh tahan ramai yang guna moisturizer ni. Walaupun dekat nama dia tulis essence tapi dia lebih kepada moisturizer. Jenama Dr Morita pun boleh tahan baru jugak dalam tahun ni baru masuk Guardian kalau tak silap I. Dr Morita ada dijual di Guardian, selain itu I tak tau mana lagi boleh dapat. Harga pun boleh tahan kalau ada sales memang seronok la beli buat stok.


Selain moisturizer ni, Dr Morita ada jugak pilihan sheet masak yang banyak. Next time I buat review pasal sheet mask dia pulak okay. Now focus kat moisturizer ni dulu. Moisturizer Dr Morita ada dua jenis, yang ini dan Dr Morita Snail Essence Watery Cream. Yang snail lebih kepada parut. Jadi yang mana ada kulit beparut tu boleh la cuba yang jenis snail dulu.




Packaging produk pulak dalam box macam gambar kat atas. Moisturizer pulak dalam bekas jenis jar macam ni. No pump. Tapi ada spatula kecil yang digunakan untuk ambil produk tersebut. Walaupun kurang bersih tapi boleh la guna spatula tu nak ambil moisturizer. pastikan spatula sentiasa bersih. Spatula I, letak dalam bekas moisturizer ni sekali. Bahagian atas antara penutup bekas dan penutup moisturizer tu. Jadi tak ada la spatula kecik tu hilang letak merata.


Bekas pulak bertemakan biru putih. Kalau snail tak silap I warna putih coklat. Di bahagian tepi kotak ada tulis caution jangan apply pada broken or irritated skin. Jangan apply pada/dekat kawasan mata. Penting baca setiap label, pekara yang tertulis pada kotak ataupun bekas setiap produk. Setiap produk ada lain-lain kesan dan cara penyimpanan.




Moisturizer ni jenis watery cream. Watery cream ni jenis yang lepas sapu je dia macam berair. Tapi bukan la jenis berair teruk tu. Dia bukan jenis cream yang berat yang terasa je kat muka bila sapu. Watery cream lebih ringan dan lebih cepat serap pada kulit. Bila I pakai pun boleh tahan senang la dia serap. Kalau tengok gambar kat atas ni pun lepas sapu dia macam berair sikit. Urut perlahan-lahan sampai dia serap pada kulit.


Kesan dia pada kulit I, kulit lebih lembut dan lembap. Kalau pakai moisturizer ni sebelum pakai bb cream memang nampak beza dengan kalau tak pakai moisturizer. Sapuan bb cream lebih smooth. Nampak cantik je tak ada dry patch pada kulit.


Kulit I pun tak terasa kering. Cara pakai yang tertulis pada kotak, selepas cuci muka, ambil produk ikut kesesuaian dan perlahan sapu pada muka dan leher. I pakai selepas cuci muka, toner, essence dan serum baru pakai moisturizer ni. I memang suka banyak layer kat muka sebab bangun pagi terasa perbezaan kulit tu. Moisturizer ni sesuai digunakan pada waktu siang dan malam. I memang suka la dengan moisturizer ni sesuai dengan kulit I. Kulit I jenis combination oily dan normal. Kadang-kadang kering jugak ikut sukati dia je hahaha. Lepas dah habis ni I plan nak beli lagi sebekas tapi tekaaaaaaaaa kat Guardian Aeon Bukit Indah dah habis ye -.- Susah betul nak nampak stok banyak kat rak tu. Jadi I beli yang lain dulu.


Bahan utama yang ada dalam moisturizer ni Hyaluronic Acid ( Sodium Hyaluronate) yang mempunyai faktor lembapan, penghidratan mendalam sepanjang hari untuk mengelakkan kehilangan lembapan untuk kulit lembut dan bebas kedutan. Sodium PCA pula perfect match untuk HA berfungsi melembapkan kulit. Membantu mempercepatkan proses penyerapan produk ke dalam kulit. Mengurangkan kulit kasar, kulit lebih lembut dan berseri. Moisturizer ni jugak mengandungi Hydrolyzed Hyaluronic Acid dan Rosa Damascena Extract berfungsi melembapkan jugak.


Pendek kata bahan dalam moisturizer ni bertujuan untuk melembapkan kulit. Sesuai untuk kulit kering dan kulit yang memerlukan lembapan yang lebih. Kulit yang lembap ialah kulit yang sihat okay. Kena pilih moisturizer yang terbaik untuk keperluan kulit.








4 comments

  1. Macam best je, tak pernah cuba lagi produk ni!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. boleh la cuba lepasni. best kesan dia pada kulit

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.