Sarapan di Medan Selera Dato' Sagor

Assalamualaikum and hai.


Bertemu lagi kita dalam entry makanan. Adakah niche blog I makanan? No. Tapi dah tuan blog suka makanan dan cuba makanan baru haruslah semua nak update. Jadi selepas Aiman keluar dari Akademi dia haritu sempat la I ajak dia sarapan di Medan Selera Dato' Sagor. Kalau nak tau Medan Selera Dato' Sagor ni dah bertukar wajah baru. Bangunan baru yang lebih cantik, tersusun, kemas , bersih dan macam-macam lagi. Tapi part bersih tu masih di tahap rendah. Kalau nak tau kenapa teruskan membaca okay.


Best sangat ke Medan Selera ni? Selepas medan selera ni ditutup sebab dalam proses pembaikan, tiga empat lima kali jugak la I datang dengan Aiman sebab nak survey dah mula beroperasi ke belum ! Nampak tak kegigihan nak makan kat sini. Medan selera ni legend okay. I dah banyak kali makan kat sini hahaha Apa kena mengena legend dengan banyak kali makan entah.


Kenangan yang paling I tak boleh lupakan masa baru start minggu untuk form 6. Dulu I masuk form 6 kejap itu pun dalam dua minggu je sebab tak berkenan betul pakai baju sekolah. Orang dah habis sekolah la. Jadi hari weekdays kiteorang plan nak ponteng sekolah dan pegi sarapan kat medan selera ni. Enam orang tak silap I dalam satu kereta. Sangat la seronok ponteng sekolah hahahah eh tak. Jangan ikut perangai tak baik ni okay. Cuma kiteorang tak ada serius sangat dengan form 6 ni. Lepas tu pun semua bersepah masuk U dan Poli dan tempat lain haha.




Makanan wajib makan adalah telur goyang ! Apa yang special sangat entah la kat rumah pun boleh buat tapi tetap nak makan kat sini. Memang setiap kali datang makan, dari I umur berapa entah, akan order telur goyang ni. So yummy. Kalau datang order ni okay. Lepastu I makan mee goreng dan bakso jugak. Dedua menu ni sedap. Semua berlainan kedai. Itu la antara yang best nya kat sini sebab kedai banyak jadi banyak pilihan makanan. Nak makan apa pun boleh cari.


Dah nama pun medan selera, kerusi dan meja memang banyak. Pilih je nak duduk mana. Disebabkan masih baru memang suasana selesa laa. Meja kerusi masih berfungsi dengan baik. Angin kipas di tahap yang bagus. Tapi ada satu je yang I tak suka. Kan banyak kedai jadi pelanggan duduk merata. Orang kedai akan letak je pinggan kedai lain tepi kaki lima tu. Kalau tu orang kedai lain yang punya nanti pandai-pandai la ambil kot. Serius letak je atas lantai macam tu je bertingkat-tingkat pinggan kat situ. Lantai yang tak berapa nak bersih. Mungkin patut cari jalan yang lebih baik. Itu je spoil  -.-


bakso sedap.





Kalau nak cuba makanan kat sini waze je Medan Selera Dato Sagor. I suka guna waze sebab senang hahaha. Medan selera ni berhadapan dengan Masjid Negeri. Bangunan pun dah baru jadi parking pun dah banyak. Tapi jangan lupa beli kupon dulu nanti tak pasal-pasal kena saman.Selesa dan semua nampak teratur. Kawasan pun cantik kalau nak tangkap gambar macam gambar I kat bawah ni haha.



4 comments

  1. Tempat ni pun husband Liez bawak sekali. Sebab nak pekena roti goyang.. sedap ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha paling famous roti goyang kat sini la kalau dah rasa sekali mesti nak lagi

      Delete
  2. Cantik Cantik tempatnya. Hihi. Pasti bergambar kan =D ROti goyang nampak sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar wajib hahahah siqah nanti turun ipoh singgah la makan sini

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.