Makan Di Grease Cheesesteak & More

Assalamualaikum and hai.



Atas ni adalah menu di yang disediakan di Grease Cheesesteak & More. Nama kedai ni Grease je, Cheesesteak & More tu ala-ala slogan la kot. Tapi I tak tau betul ke salah hahahah Grease mempunyai dua cawangan, di Subang Jaya dan satu lagi di Shah Alam. Selepas ambil Aiman last day di akademi, Aiman ajak singgah makan sini sebab kalau tengok media social cafe ni boleh tahan meliurkan ! Aiman dan I tak pernah tak terpengaruh nak cuba makanan yang meliurkan. Tak pernah......


Jadi on the way nak balik tu singgah la Shah Alam. Kalau tak silap I kat waze tak ada kalau search Grease jadi I search alamat dia terus di Presint Alami, Persiaran Akuatik. Dah sampai kawasan situ boleh la melilau mencari cafe nya. Kiteorang cari tak lama pun sebab cafe ni dari jalan raya dah nampak. Kawasan situ parking berbayar guna kad tu jadi jangan risau tak ada kupon parking ke apa.






Dekorasi kedai boleh tahan lawa. Dinding dia macam susunan batu bata macam dalam gambar. Kerusi dan meja pulak jenis kayu. I memang suka kerusi meja kayu ni. Bahagian dinding pun banyak lukisan dan frame gambar jadi tak boring. Memang cantik la. Sesuai untuk yang suka tangkap banyak gambar kat cafe macam I hahaha. Suasana cafe pun selesa dan sesuai jadi tempat lepak.





Cara pesanan cafe ni pula, pelayan akan hantar menu kat meja. Jadi khatam menu nak makan apa. Masa ni I sekali dengan keluarga mertua jadi kiteorang berlima. Lebih ramai orang lebih banyak menu boleh rasa yeay ! Dah tau nak makan apa then baru order kat kaunter. Pelayan tak ada ambil order. Dah order lepastu terus bayar dan tunggu makanan awak. Boleh la sembang sembang dengan orang sebelah tunggu makanan sampai.


Kiteorang order enam jenis makanan dan lima jenis air. 


Chili Cheese Nachos dan Hot Chicken Wings.




Sebab air ni je yang macam special sikit jadi gambar air satu je yang layak masuk blog hahaha. Yang lain air biasa-biasa jeee. Tapi I tak ingat dah nama air ni apa.




Gambar dari kanan ke kiri menu Beef Bacon Burger, Texas Chili Cheesesteak, Aglio Olio with Beef Bacon dan Spaghetti Meatball. I harap I letak nama yang betul untuk menu yang betul hahaha. I bukan ingat sangat apa nama menu dia gigih mencari. Masa untuk makanan sampai boleh tahan laa. Tak lama sangat menunggu. Makanan tak datang serentak hahaha sebab tu gambar makanan satu-satu je. Kalau datang serentak mungkin gambar lagi lawa T.T


Salahkan perjalanan jauh yang buatkan perut lapar tak sempat semua makanan sampai dah ngap terus. Menu pertama yang sampai ialah Chili Cheese Nachos. Nachos ni sedap. Sos untuk cicah dia tu yang kat tengah tu (rujuk semula gambar) memang sedap. Aduh terliur bila taip entry. Memang cepat je habis bila makan. Sesuai la kalau nak makan untuk bukan makan lunch atau dinner. Snack time.


Hot Chicken Wings pula tak masak isi dalam dia. Padahal I, Aiman dan ayah dah makan satu sorang. Separuh jalan makan baru nampak tak masak sampai dalam. Ayah pun complain kat diaorang. Nasib baik dapat tukar yang lain. Tukar terus satu set chicken wing tu. Tapi first order chicken wing tak ada sos. Second ganti tu ada sos pulak tetiba. hahaha jadi I rasa yang order pertama tu dia lupa letak sos sekali. Gambar dalam instagram ada je sos untuk menu tu. Whatttt.....


Untuk menu lain tak ada masalah. Semua sedap dan sesuai dengan tekak. Mil dengan Fil I pun boleh menelan menu western ni hahaha biasa orang dah tua susah sikit nak makan western kan tapi diaorang okay je. Lepasni boleh datang untuk cuba menu lain pulak hihi.


Cuma Aiman ada jugak komen makanan yang sampai tak ada macam dalam gambar yang viral tu pun hahaha. Grease ni famous jugak sebab pernah masuk dalam Jalan-jalan Cari Makan. Waktu operasi pada pukul 6 petang sehingga tengah malam untuk dinner setiap hari. Makan tengah hari pula dari pukul 1230 sehingga 4 petang pada hari sabtu dan ahad.


Untuk lebih info boleh singgah
ig : @ grease_my 



0 comments