6 Hari Proses Pindah Rumah

Assalamualaikum and hai.




Dah nak masuk minggu ke tiga I pindah dari Perak ke Johor Bahru. Jauh gila. Tak pernah terlintas kat fikiran pun sebelum ni I nak merantau sejauh ini. Ceh sebelum ni elok je berangan nak study overseas London la, Australia la -,- Baru Johor Bharu, penghujung Semenanjung Malaysia pulak tu hahaha. Jadi 22 April 2017, I, Aiman and family mertua bergerak ke jb. Rancang sebelum subuh atau selepas subuh nak bertolak. Tapi biasa la rancangan je hahaha. Nak dekat pukul 9 pagi jugak la bertolak nya. 


Malam sebelum tu memang huru hara sikit bab nak menyusun barang dalam kereta. Bawak barang naik kereta je ye tak ada sewa lori ke apa. Peti ais pun naik kereta. Kalau sewa lori ke jb mau pokai bulan tu makan batu je. Banyak sangat barang penting nak bawak. Itu pun masih ada lagi yang kena tinggalkan dulu hukhuk kesian kena tinggal. Balik lagi sekali nanti baru ambil.


Sampai jb lewat petang jugak. Dengan jam, accident tengah jalan, lori terbalik, kereta tayar pecah berpusing, macam-macam kes tengok depan mata bila jauh perjalanan ni. Patut la jauh perjalanan, luas pemandangan. Tapi kenapa pemandangan I semua menakutkan -.- 


Disebabkan naik dua buah kereta, jadi memang dedua kereta sarat barang. Bila dah sampai terus tengok rumah dulu dan bersihkan apa yang patut. Lepas tu pergi beli tikar getah untuk alas lantai, alas satu rumah jugak. Rumah ni memang tak ada jubin ke apa cuma simen biasa je jadi tips jimat beli la tikar getah hahaha. Sekarang baru I tau apa fungsi tikar getah yang banyak-banyak kat kedai tu. I ingat buat alas meja je tettttt....


Nak pilih pun sejam.

Jadi bila dah beli tikar mula la proses bentang tikar satu rumah. Tapi tak cukup pun segulung untuk satu rumah. 2/5 je kot. Jadi angkat barang naik ke rumah, cuci lantai dapur, sapu rumah, semua buat malam tu jugak sebab tempat nak guna kan. Kalau lemah memang boleh pengsan. Dah la perjalanan jauh, buat banyak kerja pulak tu ! Dah settle memang nikmat dapat baring.



Rumah sebelum sangat la menakutkan.


Second day, 23 April 2017, bangun tak ada la pagi sangat sebab semua letih haha. Siap- siap sarapan kat mamak dan sambung beli barang. Banyak sangat barang nak dibeli. Dalam dua, tiga pasaraya jugak la pergi mencari barang. Yang penting kedai tikar getah tu sampai baru sehari kat jb orang kedai dah cam muka. hahahahha selalu sangat datang. 


Jadi hari kedua sambung proses pasang tikar, beli meja dapur gas, beli meja tv, pasang tv, pasang rail langsir, susun-susun barang. Kalau ikutkan memang penat la nak beli barang dah ambil masa, nak susun-susun lagi huh menguji tahap kekuatan fizikal dan mental. Hari kedua masih terasa nikmat dapat baring sebab kepenatan. Faham tak nikmat baring tu bila penat yakmat.


Beli barang kat hardware.


Hari ke tiga pulak awal pagi dah hantar keluarga mertua ke highway hahaha. Balik awal sebab nak singgah negeri 9. Tinggal la I dengan Aiman berdua je. Sempat pergi breakfast nasi kerabu sedap area cmart mana entah itu pun sebab terjumpa ! Balik tu memang sambung caj tenaga dengan tidur.






Sebenarnya hari ke 4,5,6 I dah tak ingat dah hahaha. Beria je tajuk 6 hari proses pindah rumah apetah. Tapi yang penting memang masih lagi dalam proses mengemas rumah dah beli barang-barang penting. Rumah selepas memang I tak ada tangkap gambar. Tunggu dah complete semua perabot dan lebih cantik mungkin boleh buat house tour dalam blog haha. 


Dalam proses nak mengemas rumah ni sempat jugak la I terpatahkan mop ! I pun tak tau ganas tahap apa mengemop sampai boleh patah. I rasa memang mop ni dah nak reput lama sangat tunggu orang beli kat kedai tu -,- Kalau nak cakap I ada kekuatan luar biasa memang tak la I ni lembut je orang nya okay huhuhuhuhu. Korang kalau ada port/website/igshop/kedai or apa-apa yang boleh recommend kat I untuk beli barang hiasan rumah/pokok hiasan dalam rumah atau pun perabot murah jangan lupa komen kat bawah okay ! Thankyou.




15 comments

  1. http://misseffah-ara.blogspot.my/2017/05/kembalikan-semangatku.html

    singgah di sini.. :D

    ReplyDelete
  2. batang mop murah kot ni. haha. anyway proses pindah bagai ni memang sakit mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha beli yang murah je ni hahaha tu la penat sangattt

      Delete
  3. Haha sampai patah mop. Ke kekuatan luar biasa tanpa disedari tu~ :P
    Semangat sangat tonyoh nak bagi bersih kot. Hihi

    Selamat menempuh hidup baru. Moga lebih success and barokah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha taktau la cemana boleh jadi. mop tu yang salah lembik sangat hihi. amin thankyouu

      Delete
  4. ooo baru je pindah JB eh airah..nanti outing sama2 jom..hehehe


    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  5. hehe..comel je part last tu...seronok kan pengalaman pindah rumah...=)

    ReplyDelete
  6. Bila masuk rumah baru ni memang penat dia lain macam lah kan. Heheh.

    ReplyDelete
  7. Selamat berpindah dan memulakan hidup baru :D
    Beli barang rumah kat Lazada je sis, murah.

    ReplyDelete
  8. Selamat Berpindah. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)

    ReplyDelete