Short Getaway : Pulau&Pantai




Assalamualaikum and hai.


Harini I nak cerita short gateway dengan Aiman ke Pulau Pangkor. Pergi sebelum Aiman masuk akademi jadi nak spent time sama-sama la cadang nya haha. Macam-macam tempat masuk list cadangan nak pergi mana. Yang penting mesti la nak pergi pulau sebab tu gambar pertama tu kasut di pantai hahaha kasut tu ada cerita disebaliknya. Cerita sedih ya amatt, sabar jela, nanti I cerita. I pilih Pulau Pangkor sebagai destinasi. Boleh baca entry pertama I di SINI mengenai tempat tinggal, sewa moto dan lain-lain okay.


Sebab pertama, kali terakhir I pergi Pulau Pangkor masa umur I 8 bulan ! Lama sangat. Sebelum tu ayah dengan mama tinggal di Pulau Pangkor sebab ayah bomba Pulau Pangkor. Sebab yang kedua, Pulau Pangkor dalam negeri Perak. Dekat ! Pilih destinasi dekat sikit sebab Aiman cuti kejap je sebelum pergi akademi, nak packing baju dia lagi. Jum tengok gambar pantai.




Seronok betul jalan-jalan naik moto dengan pemandangan pantai sepanjang jalan. Angin bukan main sedap la. Pantai pun cantik dan bersih. Hari kedua I kat Pulau Pangkor, bangun pagi pergi pantai nampak la makcik pakcik bersihkan kawasan pantai. Sebab tu terjaga kebersihan pantai ni. Lepas dah checkin hotel dan tengok keadaan bilik, kiteorang tukar baju sebab nak mandi pantai ! Paling suka dapat mandi pantai sebab bukan selalu kan.


Pantai Teluk Nipah tu dengan tempat tinggal kiteorang, Villa Lyana. Jadi jalan kaki jela ke pantai sambil tengok kiri kanan banyak jual-jual. Banyak jugak aktiviti yang boleh buat kat sini contohnya mandi pantai, naik canoe, diving, jungle treakking, island hopping aktiviti wajib kalau pergi pulau ataupun naik ATV di sekitar pantai macam dalam gambar di bawah ni. I teringin juga nak naik benda ni tapi tak naik pun haritu. Harga untuk naik ATV ni pun tak tanya sebab dah ada rancangan nak bermandi-manda di laut.




Untuk chalet, perjalanan, tambang semua I dah cerita di entry SINI. Boleh baca di situ okay. Di Pulau Pangkor ni ada beberapa jenis pantai contohnya Teluk Nipah, area I sewa tempat tinggal. Pantai Pasir Bogak, I pergi tangkap gambar je sebab Teluk Nipah lagi dekat untuk bermandi manda. Tapi kawasan dia serius cantik. Dan macam-macam lagi nama pantai yang I tak ingat hahaha.


Lepas lalu di ATV tadi kiteorang terus ke pantai. Tengok kawasan pantai dulu. Nampak la banyak jaket keselamatan ni tersusun. disebabkan sepanjang jalan tu banyak sangat sangat yang sediakan perkhidmatan aktiviti pantai. Sebelum pergi survey harga island hopping sempat la berendam 15 minit, main-main air dulu. Masa tu pun dah pukul 5 petang. Tapi tak ramai sangat yang mandi pantai lagi. Mungkin agak panas.








Dah berendam kejap baru pergi survey island hopping dan snorkeling. Kebanyakan nya range harga lebih kurang RM50-RM70. Ini yang I tanya la. Mungkin ada yang lebih murah atau lebih mahal. Kena pandai-pandai kawtim dengan orang tu. Lepastu harga pun bberbeza mengikut jenis boat yang bawa korang pergi island hopping tuu. Kalau boleh survey banyak-banyak, tanya semua yang sediakan perkhidmatan island hopping di kawasan tu supaya dapat harga yang berbaloi.


Lepas dah tanya tu I dengan Aiman plan nak pergi pagi esok je sebab I nak mandi laut lepastu abang tu cakap pagi lagi best snorkeling hahaha. Jadi kiteorang sambung la mandi manda dengan gembira nya. Dah la mandi laut berdua je, orang tak ramai sangat. krikkrik. Tengah belajar berenang dengan Aiman tetiba ada abang tegur kiteorang ajak pergi island hopping sebab dia boleh bawak. Aiman yang sembang-sembang dengan abang tu dari dalam air je, abang tu kat darat. I buat tak kesah busy main air.


Abang tu cakap tak best island hopping, snorkelling pagi-pagi. Petang-petang macam ni best dengan permandangan petang, lepastu abang tu siap bagi harga RM50 untuk dua orang, island hopping dan snorkeling naik boat yang boleh tahan besar. Guess what? Kiteorang terpengaruh la hahaha sebab boleh tahan murah. Tapi sebelum mandi manda tadi dah siap beli universal waterproof case ni sebab lupa nak beli casing waterproof. Walaupun I geram gila tengok case tu warna pink tapi terpaksa beli warna biru. Aiman jugak yang kena pegang case tu kesian dia bawak merata kalau warna pink hahaha. Case yang ni boleh tahan okay jugak sebab boleh simpan duit sekali dalam ni. Kalau casing untuk fon saja tu boleh muat tak duit sekali? Ada sesiapa pernah beli sebab rancang nak beli untuk next trip.








Kalau tak silap I ada lebih kurang lima pulau untuk island hopping, dapat tengok batu-batu yang berbentuk paus, buaya, penyu, dan banyak lagi. Salah satu nama pulau yang I ingat ialah Pulau Giam. Tapi semua pulau-pulau yang dia bawak memang cantik. Hutan, pantai, air jernih ya Allah rasa nak terjun dari bot. Lepastu nampak la geng mat saleh tengah buat persediaan nak tidur salah satu pulau tu. Tau tak diaorang tido macam mana, cuma guna hammock tu je, tak ada khemah. Memang agak menakutkan sebab depan laut, kiri, kanan, belakang hutan.


Tapi abang yang bawak kiteorang tu cakap memang mat saleh dah biasa buat macam tu. Lagipun diaorang dah simpan no tel kalau apa-apa jadi. Masalahnya I lupa nak check ada ke line telefon tetengah pulau tu......




















Boleh la teka gambar batu-batu atas ni berbentuk seperti apa. Lepas island hopping, kiteorang berhenti di satu perhentian untuk snorkeling. Ramai jugak kat area situ, boat pun banyak tunggu. Mula-mula abang tu nak caj untuk sewa alatan snorkeling. Memang tak la kan apa salahnya masukkan je sekali dalam pakej RM50 tuu. lepas Aiman dah bincang dapat la jugak free guna alatan snorkeling. Ini first time I snorkeling dan memang seronok ! Walaupun takut jugak la sebab kali pertama, nak guna alat snorkeling pun tak reti hahaha


Yang sedihnya ikan apa pun tak ada untuk ditengok dalam air tu. Hampeh betul tak tau apa fungsi snorkeling ni tengok pasir dalam laut jela. Patut datang situ tengok ramai yang duduk relax atas batu je, tapi pemandangan kat situ terbaik. Habis kan masa dalam satu jam jugak snorkeling. Pukul 7 baru abang boat tu datang ambil. Kebanyakkan nya semua dah nak gerak balik. 


Masa ni la kisah paling sedih berlaku. Seliper I dengan Aiman dua-dua hilang. hahahahahahah Ya Allah sabar jela padehal kiteorang letak agak tinggi jugak, tak ada la tepi pantai sampai air nak tarik kan. Dalam 5 minit jugak mencari. Tengok terapung pun tak ada. Sah la dah kena kebas. Jadi balik tu naik bot berkaki ayam, naik darat berkaki ayam, singgah kedai tepi jalan beli seliper sorang RM10. Tak pasal-pasal je wehhh. Memang kiteorang tak kesah pun nak tengok seliper tu sebab tak terfikir orang nak curi ! Seliper sendiri hilang pandai-pandai la awat nak kebas seliper orang lain.









Gambar-gambar di bawah ni pulak kawasan pantai yang sempat I singgah time jalan-jalan naik motor. Kawasan yang berlainan. I memang suka sangat Pulau pangkor ni sebab pantai dia cantik, dan terus boleh nampak pantai tanpa halangan bangunan ke apa. Kalau korang suka bercuti di pantai mungkin boleh masukkan Pulau Pangkor dalam list. Tapi Pulau ni tak ada la besar sangat ke apa sesuai kalau nak bersantai. Aktiviti pun banyak boleh dibuat disini.



Hari pertama nak naik benda ni, hari kedua baru singgah.



Breathtaking view.



Island hopping, snorkeling.



Port lepak. 



Suka tengok boat park di pantai ni nampak cantik sangat pemandangan.


Banana boat pun ada.


Masjid yang baru dibina atas air !




14 comments

  1. Lawanya.. gambar coral masa snorkeling tak de ke sis? Boleh lah masukkan Pulau Pangkor dalam list hahahha...

    ReplyDelete
  2. bestnya jalan jalan! blm ada masa lagi nak buat short trip huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha besttt kalau nak release stress memang sesuai

      Delete
  3. rindunya pangkor! last saya pegi situ tahun 2015 dgn satu batch. banyak gila kenangan kat sana T^T

    ReplyDelete
  4. Pangkor bestnya. Wishlist juga ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kena pergi tau walaupun kecik still banyak tempat,aktiviti boleh buat

      Delete
  5. Bestnyaaa gi laut . Nadia pun dah tak ingat dah bila last gie bercuti di pulau Pangkor.

    Casing tadi tue selamat digunakan sbb nadia pernah pakai masa gie bercuti di Pulau Perhentian. Tapi masa baru2 beli Airah try test dlu masuk dlm baldi yg penuh dgn air. Sebab nadia buat test gitu dlu. Alhamdulillah selamat lah phone selama pakai gie Perhentian tahun lepas . Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nampak dh lama sgt tuu.thankyou bagi review :))

      Delete
  6. Bestnyaa!! Teringat pula percutian ke Pulau pangkor dengan family tahun lepas :)

    Pulau Pangkor best jugak walaupun tak secantik dan air tak sejernih Pulau Perhentian. Tapi worth it jugak pergi sana :)

    Casing phone kalis air tu selamat. Hihi. Siqah baru beli masa pergi Perhentian tahun lepas. Bersungguh cuba try test dalam baldi, mujur selamat. Hii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha ramai jugak cakap pangkor best tu yang masuk list haha lepasni pergi perhentian pulak laa.thankyou bagi review.risau jugak

      Delete
  7. Tetive teringat balik kenangn time honeymoon dulu..tapi sy pergi pulau perhentian..sweet nye rase time tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha seronoknyaaa kan bila ingat balik.

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.