Short Getaway : Pulau Pangkor !



Assalamualaikum and hai.


Satu lagi pulau yang dah masuk list I. Yes Pulau Pangkor. Kenapa Pulau Pangkor? Next entry I cerita. Tapi sebelum pergi Pulau Pangkor sempat la singgah Teluk Intan dulu. Tu sebab gambar atas ni gambar air nira. Siapa pernah cuba minum air nira? I suka sangat dengan air nira ni, rasa dia manis dan unik. Sepanjang jalan nak pergi Teluk Intan tu boleh tengok port2 orang kampung situ jual air nira. Kalau I pergi sana confirm beli sebab bukan selalu dapat minum. 


Habis urusan Aiman di  Teluk Intan terus gerak pergi Jeti Marina. Tak silap I untuk naik feri ada dua jeti, Marina dan Lumut jadi I dengan Aiman pilih Marina. Lagi dekat tak silap I. Lagipun pemandangan di Marina tu cantik gila. I dah pergi banyak kali la area Marina tu nak tangkap gambar je haha. Untuk parking banyak pilihan juga la ada yang berbayar dan tak berbayar. Kalau berbayar tu ada orang jaga la kan. Yang tak berbayar kena tanggung risiko apa-apa jadi pada kereta. Jadi Aiman pilih yang berbayar punya. Untuk yang berbayar pun ada banyak jenis kat situ, nak yang berbumbung, tak ada bumbung, yang dekat sikit dengan jeti, dan semua jenis parking tu ada harga  dan pros and cons tersendiri.


Kena pandai la nak pilih parking yang mana dan ikot berapa lama nak tinggalkan kereta okay. Aiman pilih yang tak ada bumbung RM15 per day. Sama juga kalau nak park sehari je RM15 juga. Kalau dua hari RM30 total. Park pun tak jauh sangat boleh je jalan. Tiket parking kena pamerkan ye nanti tak pasal-pasal kena clamp.



Waktu perjalanan feri.


Jadual perjalanan feri ni boleh tengok di kawasan Jeti Marina tu. Ada la dalam dua, tiga papan ni dalam kawasan tu. Kalau dah ada jadual macam ni senang nak plan perjalanan kan. I sampai Marina dalam pukul 1 lebih macam tu jadi tunggu pukul 2 punya feri.



Harga tiket feri.


Masa dah sampai melilau jugak la cari tempat jual tiket ni. Kalau nak cari dia berhadapan dengan kedai jual barang-barang baju mandi, topi, pelampung semua tu. Dalam bangunan di Marina tu juga belakang kedai makan tak silap I. Kena pandang kiri kanan kalau nak cari. Harga untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Tapi untuk penduduk Pulau Pangkor harga murah sikit. I pergi berdua je dengan Aiman total RM30 sebab kena tambah RM10 untuk pendaftaran.







Sempat tangkap gambar tema CNY depan tempat beli tiket hahaha. Paneh betul masa ni.


Masa I pergi ni musim CNY lagi. Seminggu lepas CNY kot haha. Masa nak tunggu next ferry pun tak lama sangat. Relax-relax nikmati angin laut lepastu feri dah sampai. Tapi nak tunggu feri tu bergerak dari jeti ke Pulau Pangkor lama nau. 



Feri kuning.



Peta tempat menarik di Pulau Pangkor.



Dalam feri kuning haha.

Tempat duduk dalam ni boleh dikatakan selesa la jugak. Tapi ruang antara tempat duduk depan kecik je. Kalau orang sebelah nak keluar haa cemana nak lalu tu. Nasib satu row tu ada 4 tempat duduk I dengan Aiman je duduk situ. Sebab dah row paling belakang. I ambil tempat duduk yang paling atas dan paling belakang. Orang lain pun tak sebuk nak duduk sebab nak keluar tengok pemandangan dari atas feri. Tak silap ada dua tingkat tempat duduk kot. Ke tiga? 


Perjalanan ambil masa lebih kurang 15 minit. Bila dah sampai nampak la board gambar bawah ni haha. Risau jugak tengok cara feri nak parking tepi jeti tu kan. Lepastu ambil masa lama jugak sebelum feri dapat parking mungkin sebab parking penuh ! hahaha 


Boleh tahan ramai jugak la di kawasan jeti tu sebab semua ada urusan masing-masing nak balik semula ke Marina ke apa kan. Feri, bot, sampan pun banyak. Banyak yang cantik-cantik dan unik tapi gambar tak ada sebab nervous nak turun feri lepastu fikir cemana nak pergi hotel... Lepastu I dengan Aiman terus je keluar dari jeti tu, tanya teksi mana yang boleh bawak ke tempat tinggal kan. Kat Pangkor ni teksi semua warna pink. Comel nau warna fav I. 


Teksi masa pergi, naik sekali dengan satu family 4 beranak jadi campur I dengan Aiman 6 orang RM10 untuk dua orang. Tapi masa balik tu disebabkan kiteorang berdua je yang nak pergi jeti, RM16 untuk dua orang. Lagi berbaloi kalau naik rama-ramai. Kesimpulannya bercuti la ramai-ramai asdfghjkl...

Lagi satu pengalaman yang tak boleh lupa pasal teksi di Pulau Pangkor ni, masa kiteorang nak balik, ada teksi baru lepas turunkan penumpang jadi teksi dia memang kosong. Bila Aiman tanya boleh hantar tak pergi jeti dia suruh kiteorang jalan ke tempat teksi-teksi berkumpul. Dalam 5-7 minit jalan kaki. Padahal kiteorang nampak je teksi dia pergi ke tempat teksi berkumpul tu. Sabar jela. Serius tak faham hahahaha Apa salahnya bawak je kiteorang ke jeti -,,- Jadi bawak la beg berat dengan makanan banyak jalan kaki ke tempat teksi2 tu.



Taxi pink.


Dalam teksi.


Teksi pun boleh tahan luas sebab van kan ramai boleh naik. Kalau pergi dengan rombongan ramai senang laa. Jeti dengan tempat tinggal kiteorang boleh tahan jauh. Jalan kat sana pun berliku-liku dengan naik turun bukit nya. Gayat sebab teksi dia semua laju-laju ! Dah pro dengan jalan sana boleh la laju kan. Jalan pun kecik jadi memang kena berhati-hati. 




Kiteorang tinggal di Lyana Villa Pangkor. Lyana Villa ni Aiman cari contact number di google je tak silap I. Villa ni dekat sangat dengan pantai. Kawasan Teluk Nipah. Dari jalan besar, masuk lorong kecil dah jumpa villa. Sebelah jalan besar tu adalah pantai. Nak peta tak? hahaha. Dalam 2 minit je berjalan ke pantai dekat sangat. Dekat lorong tu jugak ada macam-macam jenis hotel, resort, homestay, villa lagi. Banyak dan semua dekat-dekat. Harga untuk bilik di sini RM150 satu malam. Room tour !


Meja reception.


katil.



tv, towel, sabun.



Aircond, almari, heater, cawan, jug. Tapi tak ada 3 in 1. Pintu biru sebelah tu toilet.



meja dan bangku bersantai.


Kiteorang bawak dua bag. Satu beg macam hiking tu satu bagpack biasa. Bagi I bilik ni sangat selesa. Luas, kemas dan bersih. Gambar toilet lupa pulak nak ambil. Toilet dia pun selesa tapi kecil sikit laa. Wifi pun disediakan. Tv punya channel I tak ingat pulak tapi sikit je channel dia macam biasa punya hotel. Yang penting bilik di Villa Lyana ni best dan selesa. I dapat bilik tingkat dua. Lyana Villa ni ada dua tingkat je dan ada beberapa blok. Satu blok ada 3 bilik setiap tingkat.




Beranda,






Lepas dah checkin bilik, terus tukar baju nak mandi laut. Nanti island hopping, mandi laut semua I update entry lain okay. Sebelum datang Aiman dah tanya pemilik Lyana Villa tu nak sewa motor kan. Kalau nak tau di jeti Pangkor tu memang banyak motor, kereta boleh sewa. Tapi disebabkan orang yang Aiman booked bilik tu cakap sewa je motor dekat area villa ni sebab lagi murah then okay la mungkin dia lagi tau harga semua kan. 


Kiteorang sewa motor atas ni dengan harga RM40 untuk dua hari lepastu tak kisah pulangkan pukul berapa. Nak dapatkan moto ni pun susah. Pukul 7 petang macam tu baru settle dari pukul 3 petang kiteorang tanya pasal motor tu. Sebab tunggu orang pulangkan lagi. Lepastu next day lepas nak balik I dengan Aiman dapat tau yang sewa motor di jeti ni harga tak ada la mahal sangat. Nak ditambah dengan sewa motor di vila, harga teksi lagi. Lebih kurang je kot. Lagi baik sewa terus motor di jeti, cuba cari harga yang berpatutan sebab banyak sangat motor, lepastu dapat jimat harga naik teksi yang mahal tuu.





Lunch untuk first day kiteorang dah makan KFC di Teluk Intan. Jadi untuk dins abang yang bawak kiteorang island hopping recommend satu kedai makan macam gambar di atas hahaha. Kedai makan paling hujung di tepi jalan. Dia cakap laaa ikan bakar sini sedap jadi kiteorang cuba. Kedai makan area Villa Lyana tu memang banyak. Sepanjang jalan, kedai makan biasa ada yang selesa sikit pun ada.


Kedai yang kiteorang makan ni nampak ketidakselesaan dia. Kawasan yang berpasir memang belakang dia pantai. Disebabkan risau ramai sangat orang masa makan, kena tunggu lama, perut pun dah lapar lepas mandi pantai, kiteorang gerak pergi dins seawal mungkin. Masa sampai tu pun memang ramai dah orang. Nasib baik makanan cepat sampai. Kalau order ikan bakar memang depan2 tu diaorang bakar.



Lauk. Ini set A untuk dua orang RM50.



Second day nak checkout dan sambung jalan-jalan,


I tak sure Villa Lyana sediakan breakfast dalam pakej diaorang atau tak tapi yang Aiman bayar tak ada termasuk breakfast. Jadi pagi tu kiteorang sarapan samyang hahahaha. Pagi-pagi dah makan megi aiyee. I dengan Aiman kalau pergi mana-mana confirm bawak samyang ataupun mesti beli ! Teringat latest short trip ke Penang memang kiteorang pergi mencari samyang hahahah.


Jadi pagi tu kiteorang checkout awal jugak la sebab plan nak jalan-jalan tempat menarik di sini dan beli makanan untuk bawak balik. Kalau tak checout nanti kena patah balik pulak. jadi memang angkut semua beg naik moto sambil jalan-jalan. Entry tempat menarik di Pulau Pangkor soon okay. Lepas dah jalan-jalan dan beli barang kiteorang pulangkan motor. Lunch goreng pisang cheese tepi jalan je sebab tak lapar sangat pun. Goreng pisang cheese dia memang sedap bahan-bahan tak kedekut ! Goreng pisang pun banyak. Makan tepi pantai lagi la nikmat.





Untuk late lunch kiteorang makan di kedai Haida Kafeteria & Katering. Kedai ni terletak di kawasan jeti Pangkor. Banyak juga kedai makan kawasan ni boleh pilih mana yang nak okay. I makan sini sebab dia ada sediakan laksa. Laksa kedai ni serius sedap ! Kuah dia pekat dan sedapppp.. Lauk-pauk disediakan juga sama macam lunch biasa jadi boleh pilih makanan yang macam mana awak nak. Banyak pilihan. 


Dah makan, tunggu feri sampai nak pulang dah. Feri untuk balik warna putih pula.




Tempat duduk dia beza sikit ada 3 tempat duduk tak silap I untuk setiap row. Lebih luas berbanding feri kuning. Rasa sesak sikit sebab ramai sangat. Beg yang besar2 tak boleh bawak dalam ni jadi kena tingalkan tepi-tepi feri. Risau jugak beg terlompat dalam laut hahaha nasib baik dia duduk diam je.




okay itu sahaja untuk entry kali ini. Kalau ada soalan boleh tanya di bahagian komen okay. Korang pernah pergi Pulau Pangkor tak?




28 comments

  1. lawanya shira :p hehehe gmbr dalam ni semua lawa lawa. pakai camera apa ni? hehehe part air nira tu cikja cannot laa.kagum dgn org suka air nira ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkai iphone je lepastu guna vsco. hahaha tu la ada org xsuka air nira ni

      Delete
  2. syoknya..akak tak pernah sampai lagi pulau pangkor..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
    Replies
    1. syira pun dh lama tak pergi.last time baby dlu

      Delete
  3. bestnya dapat pergi pangkor. kak ana aim dh lama kot tp tak berkesempatan nak ke sana lagi.

    tak pernah minum air nira tu sebab dok terbayang rasa masam.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah soon tu nak dtg sna. alaa tak masam pun dia manis.yg masam tu sbb dh lama

      Delete
  4. aqma baru balik dari teluk intan semalam.. bestnya jejalan pulau pangkor~

    ReplyDelete
  5. Perfect! I will consider this as the my next next trip in the my semester break soon. Thanks for reviewing.

    I can't wait to go there huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess I hope you will enjoy ur trip soon :)

      Delete
  6. Len kai pegi pangkor meh roger kite.. Kite dok lumut, hehe..!
    Selalu kite pegi pangkor dok puteri bayu beach resort je sbb itu je berkenan kat hati, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kite selalu sangat pergi lumut nak beli makanan laut tuuu hahaha. nanti boleh try puteri bayu beach resort tu haritu tak nmpak pulak

      Delete
  7. sedapnyaa nira..lama x makan.. biasa time puasa n berbuka kat kampung, abah mesti cari air ni..sejuk2 sedap je bila msuk tekak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mnum time puasa confirm lagi puas.hahaha airah selalu minum yang beku punya tu tunggu cair

      Delete
  8. Air nira? Pernah rasa tapi tekak tak boleh terima la haha. Pangkor ni dah pergi banyak kali la juga tapi still tak berapa berminat haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap laaaa. hahaha takpe minum air lain. aha sebab kecik je. ni pergi pn sbb dh lama tak pegi

      Delete
  9. Kalau sebut pangkor..teringat zaman baru kawen dulu..hehehe dating kat pangkor berdua hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sweetnya hahaha mesti best dating tepi pantai

      Delete
  10. Seronoknya jalan jalan Pangkor :)

    ReplyDelete
  11. okay dah bookmark entri ni, hehe kita memang plan nak pergi pulau pangkor cuti sem nanti, thanks buat entri ni membantu sangat :)

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  12. Best pergi pulau pangkor, van pink tu memang rare, kat pangkor je ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha seronok sgt. tu laa wrna cantik je dr jauh dh nmpk hahaha

      Delete
  13. Bestnya tengok Airah tau. Berjalan je. Siqah tahun ni tak ke mana pun lagi. So sad :(

    van pink paling rare kat Pangkor. Hihi. Tempat penginapan Airah nampak kemas dan selesa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak ada laa ni pun jalan dekat2 je. excited je frst time tgk van pink tu hehe

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.