Steamboat Paling Sedap di Cameron Highland

Assalamualaikum and hai !

harini nak share entry makanan sedap pulak. I memang selalu pergi Cameron Highland ni tapi tak pernah lagi tido sana selalu balik hari je sebab jalan nak pergi Cameron tu dekat je dengan rumah. kalau pergi Cameron selalu jugak google steamboat apa yang best tapi selalu pergi siang-siang cafe ke restoran jarang betul nak buat steamboat ni siang. tunggu malam baru ada heh so makan street food Cameron Highland jela tu pun sedap !


tapi disebabkan dah tau nak honeymoon Cameron Highland nanti gigih google 'steamboat sedap di cameron highland'. haa kemain.. nasib laa I ada baca entry kat blog mana entah dah lama so dah lupa. Taman Abang Buffet Steamboat and Grill. bila baca entry blog dia memang semua nampak sedap dan pujian melambung so apa lagi memang plan nak try laa.



Taman Abang Buffet Steamboat and Grill


bahagian hadapan Taman Abang Buffet Steamboat and Grill


senang je nak cari Taman Abang Buffet Steamboat and Grill ni. waze kan hadooo apa guna teknologi zaman sekarang ni kalau tak digunakan untuk ke arah kebaikan macam ni. asyik nak guna untuk hentam orang je -,- jadi waze la Taman Abang Buffet Steamboat and Grill ye. Steamboat Taman Abang ni terletak di Tanah Rata. time I pergi tu siap call lagi sebab nak booking dulu takut ramai orang. dah la weekend kan, memalam hari pulak tu semua mesti mencari makan sejuk-sejuk ni. tapi disebabkan weekend tak boleh booking. walkin sahaja. ada rezeki ada la meja kosong. I pergi Alhamdulillah ada beberapa lagi meja kosong tapi tu pun nampak dah ramai sangat ! kalau nak call ni no nya 016 2250315.


dekorasi yang menarik.


serius jatuh cinta dengan dekorasi Taman Abang Steamboat ni. pandai gila deko lawa-lawa macam ni. dengan payung, lampu-lampu meriah, pokok-pokok hidup pun dijadikan dekorasi atap ! menarik sungguh. memang bertemakan makan dalam taman. kalau tak silap I waktu operasi pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam. kalau malas nak waze (waze pun malas sila campak telefon acah pintar anda), boleh cari alamat ni, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata. bersebelahan dengan Cool Point Hotel, Tanah Rata.


makanan untuk di grill/steamboat.


pokok hidup as hiasan gantung kat atap.

scary jugak kalau jatuh atas kepala ni hehe. mesti susah nak siram kan tinggi sangat.


tengok la tahap apa lawa dia Steamboat and Grill Taman Abang ni T.T makan sambil menangis sebab lawa sangat.


ni kawasan larangan merokok ye.


Taman Abang Steamboat and Grill ni bagi I luas dan senang kalau nak bawak family ramai-ramai makan sini. ada family siap buat sambutan hari jadi lagi kat sini. memang meriah laa tengok sebab kawasan luas, senang bawak bebudak tak risau sangat. pelanggan pun boleh pilih sama ada nak duduk di meja biasa dengan kerusi atau duduk meja bersila. pilihan sup untuk steamboat tak sure ada berapa tapi I pilih tomyam.





kat sini pun ada jual packing sambal strawberry. I pernah rasa Nasi Lemak Sambal Strawberry ni di kedai lagi satu. tak silap nama Taman Abang jugak kot. dah lupa sebab tahun lepas punya cerita. nanti kena pergi lagi lepastu update entry tempat makan best di Cameron Highland kannn...



hiasan dekorasi yang cantik. suka sangat !



buah betul okay. makan steamboat di bawah atap buah tomato?


pintu kecil selepas pintu hadapan untuk ke Steamboat and Grill Taman Abang.



pelanggan pun ramai. tengok la suasana dia. memang selesa.






macam biasa konsep steamboat and grill ni layan diri. ambil la pinggan mangkuk sendiri dan pilih makanan kat meja buffet. nak ambil, makan banyak mana pun tak apa asalkan tak membazir. memang berselera la makan time ni sebab hujan, sejuk dan kelaparan.


pilihan makanan pun banyak.


seafood segar.





sos pencicah pun ada pelbagai pilihan. air pun sama tapi lupa pulak nak tangkap gambar. lebih dari 4 jenis air rasanya.



sayur-sayuran pun ada. lagi la fresh sebab kat cameron ni kan banyak tanaman sayuran. makanan yang sudah siap dimasak seperti nasi goreng, bihun dan mee goreng pun ada di meja buffet tapi pilihan agak terhad. 





ice cream pun termasuk dalam harga makanan. boleh ulang sepuluh kali makan ice cream.


kalau pergi Cameron Highland jangan lupa singgah Taman Abang Steamboat and Grill di Tanah Rata ni tau. harga pun boleh tahan berbaloi RM30-35  untuk seorang kalau tak silap I. bayar dulu dan terima bil. lepas tu baru makan. pilihan makanan pun menarik dan banyak. tempat makan yang selesa dan luas. korang ada cadangan tempat makan yang sedap dan menarik yang lain di Cameron Highland tak??


28 comments

  1. Waaaaaaa tempat cantik, makanan pun sedap. Tengok gambar pun dah boleh buat lapar niii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la taip entry pun smbil teringat2 makanan

      Delete
    2. Kejap lagi kami pun nak cuba makan kat sini. Cukupla dh baca 2 blog sahabat yg share kesedapan mkn kat sini ..

      Delete
    3. Kejap lagi kami pun nak cuba makan kat sini. Cukupla dh baca 2 blog sahabat yg share kesedapan mkn kat sini ..

      Delete
    4. Pastikan makan kenyang kenyang hehe

      Delete
  2. alahaiii sedapnyaaaa. busyra nampak udang dgn kepah tuuuu. terliur betol. hehe

    ReplyDelete
  3. dah lama sngt tak pergi cameron. hai. dtg follow sini dri www.aswaleyla.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah slalu sgt pegi hihi. hai nanti airah singgah

      Delete
  4. Sedapnyaaa steamboat. Nani dah lama tak Cameron. Next time kalau ke sana boleh lah makan steamboat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. nanti tapaukan sekali strawberry tau hihi

      Delete
  5. aduh time pergi bulan 12 aritu xjumpa plk tempat ni. ni kena pergi lagi ni

    btw, jemput singgah n komen :) http://nikainaa.blogspot.com/2017/02/untung-lebih-dengan-menjana-pendapatan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa tmpat ni baru lagi. hehe okay nanti airah singgah

      Delete
  6. ala menggodanya steamboat, fuhhh dugaan diet ni, hahaha

    ReplyDelete
  7. Nice entry. Sedap je tengok gambar makanan ^^

    ReplyDelete
  8. tergoda dengan gambar makanan kat atas :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh pergi ,airah pun plan nak pergi lagi haha

      Delete
  9. assalamualaikum sis,,1 kepala berapa yee steamboat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummuslm I tak ingat dah berapa tak tak mahal langsung pun boleh call no yang I ada letak dalam entry untuk tanya harga dia

      Delete
  10. Wow...nampak cam best betul...nak kene pergi juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi sis sebab makanan dia sedap. kawasan pun selesa

      Delete
  11. wahhh.. hujung minggu ni nak terjah tempat ni...



    https://vitaminnursyifa.blogspot.my/2018/01/cara-pemakanan-yang-sihat-ibu-hamil.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa nak pergi cameron ke sis. kena singgah sini sebab sedappp

      Delete
  12. Wow. Menarik sangat ni. Wajib kena g kalau p Cameron. 😙😍

    ReplyDelete
  13. 6 Sept 2018, masih nak ulang pergi mlm ni, bawa family ngan students practical 4 org..

    ReplyDelete
  14. Bagi saya biasa biasa aje.. mungkin saya pernah makan steamboat yg lebih sedap .. sayuran bukan jenis chinese steamboat yg sebenar .. sos juga biasa biasa aje .. namun suasana kedai memang menarik ..

    ReplyDelete