Men's Watch Pelengkap Gaya

Trend aksesori terkini untuk lelaki ialah jam tangan. Tak percaya? Tengok saja secara global makin ramai lelaki yang memilih jam tangan sebagai aksesori harian. Watch atau jam tangan amat sesuai untuk jejaka yang suka menjaga penampilan mereka kerana ia merupakan item paling mudah untuk dipadankan dengan apa juga pakaian. Zaman sekarang amat mudah untuk membeli jam tangan online tapi tahukah anda bagaimana untuk membeli jam tangan dengan betul? Mari kita baca tips membeli jam tangan.

1. Ketahui harga



Harga jam tangan bergantung kepada jenis bahan pembuatan, adakah jam tangan tersebut jenis berjenama dan jenis movement atau pergerakan jam tangan tersebut. Quartz movement selalunya lebih berpatutan dan automatic movement pula akan lebih mahal. Ini adalah kerana jam tangan jenis automatic movement melalui lebih banyak proses dalam pembuatannya.

2. Kenali saiz



Ukur lilit pergelangan tangan anda terlebih dahulu. Ini penting kerana anda tidak mahu membeli jam tangan secara online dan kemudian bila dah sampai, tak muat atau terlalu ketat. Tahukah anda, jam tangan mempunyai ukuran “muka” tersendiri? Saiz ukuran muka jam tangan juga penting dan mengikut saiz pergelangan tangan anda. Jika anda mempunyai tangan kecil, saiz muka jam 34mm-40mm lebih sesuai. Untuk mereka yang mempunya tangan lebih besar, ukuran muka jam yang sesuai ialah 46mm.

3. Pilih tali jam



Mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing, anda boleh memilih jam tangan yang mempunyai tali berbeza. Tali jam termasuklah jenis metal atau stainless steel yang kerap digunakan. Jam tangan yang mempunyai tali metal boleh digunakan untuk gaya kasual atau formal. Bagi mereka yang lebih meminati fesyen vintage, pilih tali jam jenis leather atau kulit. Satu lagi tali jam ialah NATO strap yang kini banyak digunakan oleh ikon global.

Dengan tips ini, lebih mudah untuk anda membeli jam tangan secara online. Boleh tengok dahulu apa yang ada, baca deskripsi pada laman web kemudian pilih mana satu pilihan hati. Untuk wanita di luar sana, sekarang anda boleh bijak membeli jam tangan dengan tips ini. Boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang.





19 comments

  1. aina pun jadikan jam sebagai aksesori berbanding gelang. tak lengkap rasanya kalau x pakai jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak tengok masa kan.lgpun macam style skit

      Delete
    2. saya pulak rasa pakai jam nih macam berat.. hehehe

      http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

      Delete
    3. haha kena pilih yg jenis ringan mcm ni

      Delete
  2. saya lebih prefer yang stainless steel tu sebab boleh sesuaikan dengan banyak pakaian. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha sesuai untuk casual and formal kan

      Delete
    2. sangat sesuai

      http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

      Delete
  3. oh begitu rupenye. Thx for the info.

    ReplyDelete
  4. Sejak ada henpon.. dah jarang pakai jam.. berat.. hehehe

    http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kdng2 guna handfon je tengok jam

      Delete
  5. Cantik. Jam dan saya, berpisah tiada :)

    ReplyDelete
  6. sha selalu belikan adik lelaki sha jam, main beli je, dia pun main pakai je hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau org dh belikan mesti la kena pakai.ada jam yg sesuai untuk semua event kan

      Delete
  7. Banyak pilihan jam tangan di Zalora.. semua cantik-cantik belaka..
    LZ pun prefer jam tangan berbanding accessories lain..

    By the way salam perkenalan Shesyira As..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha jam nampak lebih menarik sesuai nak padankan dengan semua outtfit.
      salam perkenalan jugak sis

      Delete
  8. Nadia ada jam tapi tak pakai lama dah sebab malas nak gie tukar bateri jam. hahaha

    then, now depends kat handphone je lah . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah sebab tali dah rabak terus malas nak pakai jam hehe

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.