a toner that gives your skin new translucency - Yves Rocher





okay let's update new entry since i free now. sekarang ni 'me time' haha pakai mask and relax sambil update blog. harini memang busy sangat dari pagi sampai malam so nak rest kan kulit dengan pakai mask harap esok appoinment dengan wedding planner muka segar tanda excited hewhew. 


ni my current toner.


product : Yves Rocher White Botanical Exceptional Toner 200ml
part : toner
harga : RM 109 ( i beli time sales so lagi murah )


okay ni my very very first toner. sebelum ni i tak pernah pun pakai toner. dulu time Yasmin curate @twtkecantikan terus terpengaruh dengan dia sebab dia pun guna toner ni. kulit dia cantik gila okay flawless glowing tahap apa tak tau memang goals betul kulit camtu. dah terpengaruh so kita beli la.






pengalaman i toner ni memang membantu kulit i. before ni tak pakai toner and lepas pakai toner memang rasa berbeza laa kulit. toner memang wajib dalam skincare rutin ye sebab nak balance kan ph kulit dan membantu kulit mengikut fungsi toner tersebut. for me toner ni membantu untuk kulit lebih segar dan buat kulit jadi gebu hahahah yes memang rasa kulit lagi gebu dan lembut. toner ni jugak ada effect memutihkan. sesiapa yang mencari toner yang mempunyai kesan untuk anti aging boleh try produk ni. 


i guna sampai nak habis dah ni memang jerawat pun jarang keluar. kalau keluar pun time stress mengadap assignment and time malas cuci muka hahaha. malas tu kekadang je. kalau toner semua tahan lama i rasa. sebab guna pun sikit je and dalam bentuk cecair so dalam 9-10 bulan jugak tahan


and insha Allah tak perlu risau sebab produk Yves Rosher ni dah diuji under dermatologis okay. and Yves Rocher ni memang brand yang memang dah famous amoss dah. paling best tak ada bahan berunsur haiwan, tak ada paraben, colorant and mineral oil free. nama pun botanical




penutup botol dia jenis bukak tutup macam ni ye. jadi tak payah risau penutup hilang ke apa sebab penutup attach sekali dengan botol. botol dia pun dari plastik senang nak jaga tak takut pecah ke senang simpan dalam beg.



cecair jernih and tak nampak pun haha



lepas beberapa minit sapu toner


cecair dia jernih and tak milky ke apa. cara nak pakai toner ni guna cotton wool pad tu. letak la berapa banyak kat cotton wool pad tu then sapu dengan cara menarik macam tu ye bukan dab dab ke apa kalau dab dab je kotoran yang lebih lebih tu tak tanggal la. i akan pakai toner selepas cuci muka pagi dan malam. ada yang hanya guna toner untuk malam je. depends kat kulit korang okay 





ni contoh cotton wool pad i from watsons. pack ke 3. haritu i ada terbaca yang cotton puff dari daiso best so nanti boleh la try okay. kalau nak cuci mata tengok product apa menarik dari Yves Rosher ni boleh tengok laman web dia okay - Yves Rocher







p/s : tolong klik satu, dua kali iklan kat sidebar and bawah entry :) thank you !

2 comments

  1. nice review :D belum cuba lagi toner ni. skarang tengah pakai bioessence je

    ReplyDelete
  2. I think about it is most required for making more on this get engaged sell csgo skins

    ReplyDelete